Ibu bapa Zulfarhan sujud syukur, 6 bekas pelajar UPNM ke tali gantung

Oleh ZULQARNAIN ISMAIL

Mahkamah Persekutuan telah membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk meneruskan pertuduhan terhadap enam bekas pelajar

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang terlibat dalam kematian Pegawai Kadet Laut, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain, tujuh tahun lalu.

Menurut laporan Awani, pertuduhan ini dikenakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan terhadap enam individu tersebut.

Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail memutuskan bahawa keenam-enam tertuduh tersebut dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.

Enam tertuduh yang terlibat adalah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi,

Ibu bapa Zulfarhan sujud syukur, 6 bekas pelajar UPNM ke tali gantung

Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri, dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.

Ibu bapa Allahyarham, Zulkarnain Idrus dan Hawa Osman, kelihatan mengalirkan air mata dan melakukan sujud syukur di hadapan bilik perbicaraan selepas mendengar keputusan tersebut.

BACa: Lagi kes curang, coach emosi rumahtangga kantoi sondol suami orang