Ibu menghilang selama 2 tahun sekali nelayan temui terapung di tengah laut, apa yang jadi sebenarnya?
Di dalam video yang tersebar, wanita berkenaan dilihat terapung di dalam air,
sementara dua nelayan Rolando Visbal dan rakannya Gustavo cuba untuk mengangkat wanita itu ke dalam bot.
Rolando turut menjerit kepada wanita itu dalam bahasa Sepanyol dan Inggeris untuk memastikannya faham.
Ibu menghilang selama 2 tahun sekali nelayan temui terapung di tengah laut, apa yang jadi sebenarnya?
Bagaimanapun, wanita itu tidak memberikan tindakan balas.
Wanita itu memakai seluar berwarna gelap dan beberapa lapisan pakaian termasuk kardigan serta selendang.
Angelica berjaya didekatkan ke arah bot menggunakan tali yang dilemparkan nelayan berkenaan, sebelum diangkat ke dalam bot.
Mereka juga dilihat cuba bercakap dengan Angelica dan memberi minuman, tetapi wanita itu mula menangis, sebelum video ditamatkan.
Dia dipercayai terapung berhampiran pantai Puerto, di sini kira-kira lapan jam sebelum diselamatkan dan dibawa ke hospital pada 26 September, menurut media tempatan.
Anak perempuan mangsa, Alejandra Castiblanco berkata, kali terakhir dia berhubung dengan ibunya dua tahun lalu dan dipercayai terputus hubungan dengan keluarganya.
Pihak polis kini menyiasat apa yang berlaku ketika kehilangan Angelica.
Alejandra turut mencetuskan spekulasi dalam kalangan media tempatan bahawa ibunya mungkin mengalami masalah mentaI atau pendeeraan dalam perhubungan.
Alejandra kini sedang mengumpul wang untuk membawa ibunya ke pusat bandar Bogota tempat mereka tinggal dan berharap ibunya dapat dijaga oleh keluarga.