Ibu tua sedih wang dalam akaun licin kena kebas dengan anak ketika sakit

Ibu tua sedih wang dalam akaun licin kena kebas dengan anak ketika sakit

Ibu tua sedih wang dalam akaun licin kena kebas dengan anak ketika sakit. Seorang wanita berumur 83 tahun menerima wang ganti rugi sebanyak 207 juta baht (RM27.17 juta) selepas duit yang disimpan di sebuah bank di Bangkok dicuri anak perempuannya sendiri, lapor laman berita The Nation semalam.

Mahkamah Sivil Phra Khanong membuat keputusan itu dengan bank tersebut, empat pekerjanya termasuk timbalan pengurus cawangan serta anak perempuan wanita berkenaan didapati mencuri 250 juta baht (RM32.82 juta) daripada akaun banknya ketika dia terlantar sakit.

Wanita tersebut, Huai Sriwirat, memfailkan kes di mahkamah pada November 2019 dengan menuduh bank itu, empat pekerja dan anak keduanya, Mawadee Sriwirat memalsukan dokumen untuk memindahkan wang daripada akaun bank miliknya.

Ibu tua sedih wang dalam akaun licin kena kebas dengan anak ketika sakit

Semasa ibunya sakit tenat, Mawadee dilaporkan mengubah syarat mengeluarkan wang daripada akaun Huai di dua cawangan bank dengan bantuan kakitangan, demikian menurut tuntutan mahkamah.

BACA:

Netizen tegur Maria Tunku Sabri tak pakai stokin ketika umrah

Rupanya wang KWSP boleh buat cagaran kepada bank, baru sekarang tahu

Siapa sangka duit kertas RM1 lama kini boleh dijual harga RM12,000

CATEGORIES