Ibubapa perlu biar anak dan pasangannya yang baru kahwin hidup sendiri, jangan di manjakan

Oleh ZULQARNAIN ISMAIL

Perkahwinan merupakan satu alam baru bagi mereka yang memilih untuk menamatkan zaman bujang mereka.

Perkahwinan datang dengan tanggungjawab yang perlu dipenuhi dan dilaksanakan oleh si suami dan juga si isteri.

Sebagai ibubapa, kita perlu biar anak dan pasangannya hidup sendiri, biar anak dan pasangannya bina kehidupan mereka,

Ibubapa perlu biar anak dan pasangannya yang baru kahwin hidup sendiri, jangan di manjakan

biar anak dan pasangannya bersusah-susah dahulu, biar mereka atur kehidupan mereka sendiri, satu persatu.

Bagaimana mereka inginkan rumahtangga mereka jadi.

Jangan sebab alasan kos hidup tinggi, gaji anak sikit, dia tak pernah berenggang dengan kita, smua serba serbi kita yang sediakan kat dia, kita jadi kesian kat anak, kita “simpan” dia dalam rumah kita, kita tanggung dia dan pasangannya.

Sampai bila kita mampu buat macam tu?

Itu adalah cabaran yang dia perlu tempuhi dan hadapi bila dia memilih untuk mendirikan rumahtangga.

Dia perlu fkir akan semua itu dahulu seblum dia berkahwin, dia perlu ada perancangan akan bagaimana dia ingin hidup bersama pasangannya selepas berkahwin.

Dia bakal menjadi seorang ketua keluarga, seorang suami, seorang ayah dan dia perlu plan masa depannya.

Perkahwinan bukannya satu perkara yang boleh dibuat main2 atau suka2.

Dia kena bertanggungjawab terhadap orang yang dikahwininya.

Biar dia tiggal dalam rumah sewa yang kecil, biar dia naik motor dengan pasangannya ke tempat keje, biar dia xde kereta, biar dia kena hujan, biar dia makan dan pakai apa yang ada, biar dia rasa apa itu pokai, apa itu “tengah bulan”, b

iar dia “ikat perut”, biar dia susah bersama pasangannya supaya dia tahu, bukan senang untuk melayari hidup berumahtangga,

supaya dia tahu untuk bersyukur akan apa yang dia dah ada dan dapat selama ini, supaya dia tahu untuk lebih menghargai siapa yang ada bersamanya ketika dia susah, ketika dia baru nak membina kehidupannya.

Dia perlu belajar berdikari dan bertanggungjawab agar dia mampu membina keluarga yg bahagia dan mengatur masa depannya dengan lebih baik.

Kita sebagai ibubapa dah membesarkannya selama 20 tahun, 25 tahun, 30 tahun dgn cukup2 baik. Maka sekrg, masa utk melihat hasilnya.

BACA: “Dicerai seminggu sebelum bersalin, mak abah hina aku janda jalang, dihalau keluar rumah, katanya aku tak pergi kerja tapi jual badan, mereka tak tahu sebenarnya..”