Antara makanan penting yang sering kita makan ialah ikan.Ikan segar mempunyai jangka hayat terpendek.
Sekiranya anda membeli atau menangkap ikan seperti itu, maka cara terbaik untuk memakan hidangan lazat adalah dengan memasaknya segera.
Namun jika kita memilih untuk menyimpan ikan segar tersebut maka syarat penyimpanan
mestilah istimewa supaya ikan tersebut tetap segar sepertimana baru beli.
Kaedah atau cara penyimpanan bahan mentah seperti ikan perlulah dengan cara yang betul supaya ikan yang disimpan tersebut tetap segar seperti mana baru beli.
Jika tidak disimpan dengan cara yang betul, ikan akan mula rasa tak sedap dan tak manis, memang juadah yang dihasilkan kurang enak.
Puan Normah Bahari berkongsi salah satu cara betul simpan ikan agar tetap segar dan manis macam baru beli melalui perkongsiannya di dalam group Masak Apa Hari Ini (MAHN).
Malah ada beberapa ahli yang sudah mencuba dan hasilnya mereka akui ikan masih segar walaupun sudah disimpan selama lebih dua minggu.
LANGKAH PERTAMA :
Seperti biasa, ikan segar yang dibeli hendak disiang, dibuang ususnya kemudian dibilas, dibersihkan. Kemudian potong ikan mengikut kesesuaian.
Siang dan potong ikut kesesuaian
Bersihkan ikan. Guna bekas berjaring lebih mudah
LANGKAH KEDUA :
SUSUN ikan yang telah disiang dan dibersihkan di dalam bekas untuk SEKALI MASAK
LANGKAH KETIGA :
Setelah susun kedalam bejas untuk sekali masak, TUANGKAN AIR SEHINGGA MENUTUPI IKAN TERSEBUT, kemudian frozenkan
BILA NAK MASAK :
Keluarkan dan biarkan ia cair.
Kalau nak masak pagi, keluarkan dari malam.
Bila nak masak tengahari, keluarkan waktu pagi. In sha Allah ikan kita tetap segar macam baru beli.
Boleh juga digunakan untuk simpan ayam, sotong atau udang. Caranya sama macam step di atas.
Mudah-mudah, perkongsian ini dapat membantu para isteri, ibu-ibu khususnya dalam menyajikan juadah masakan yang segar dan sedap kepada ahli keluarga.
Selamat mencuba!