Ikrar Adly : Melaka Akan Kembali Kepada PH, Pengkhianat Akan Ditolak Rakyat

[Video] Adly Zahari tokoh ikonik dalam pentadbiran kerajaan negeri Melaka malam tadi bangkit bersuara di hadapan ribuan hadirin malam tadi bahawa beliau tidak akan redha dengan pengkhianatan ini. Mandat rakyat yang selama ini diberi dikhianti oleh segelintir ahli politik yang begitu gilakan kuasa.

Beliau tetap bersama mandat rakyat walaupun hilang kedudukan sebagai Ketua Menteri Melaka. Namun beliau berjanji akan kembali menggerakkan kesedaran rakyat untuk menolak pengkhianatan ini dan Melaka akan kembali diterajui oleh Pakatan Harapan melalui mandat rakyat Melaka.