‘Ikutkan hati mahu duda sampai tua’, Shuib dedah sebab kahwini Watie rupanya ini cerita dia…
Sejak akhir-akhir ini, nama pelawak yang juga penyampai radio Shuib Sepahtu sering menjadi bualan orang ramai
selepas melihat pantulan tubuh Watie terpantul di cermin ketika keluar makan bersama anak-anak
Justeru, tidak mahu membuatkan peminat tertanya-tanya lagi mengenai hubungannya, pelawak juga penyampai radio popular, Shuib mengikat tali pertunangan bersama wanita pilihan, Watie Hanifiah pada Sabtu lalu.
Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad mengadakan majlis pertunangan tersebut di kediaman keluarga Watie di Shah Alam, Selangor.
Difahamkan, majlis tersebut hanya dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.
Berita gembira itu itu turut dikongsi Shuib menerusi hantaran berbentuk video di Instagram Story pada Sabtu.
“Assalamualaikum, Shuib ini. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Hari ini 6 Mei 2023 (Sabtu), Alhamdulillah, saya baru sahaja melangsungkan pertunangan dengan Watie.
“Saya mohon doakanlah semoga perjalanan kami dipermudahkan. Doakan yang baik-baik untuk kami. Doakan tau.. Selamat Hari Raya,” katanya.
Meskipun, tali pengikat sudah diwar-warkan kepada umum ada pula dikalangan netizen yang tidak bersetuju malah ada yang mendakwa seakan-akan Shuib sudah melupakan arwah isterinya, Siti Sarah.
Menjawab persoalan itu, baru-baru ini tular sebuah video temu-bual Shuib bersama sebuah media hiburan berkenaan keputusan yang diputusnya untuk mengahwini Watie Hanafiah pada 23 Jun depan adalah untuk kebaikan anak-anaknya.
“Saya tahu tugas saya sebagai seorang bapa tak mudah. Saya ada tanggungjawab yang lebih besar sebab arwah Sarah nak saya besarkan anak-anak dengan paling baik, jadi saya perlukan seseorang bersama-sama dengan saya…”
“Walaupun anak-anak saya kecil lagi namun mereka cepat sedikti dewasa kerana keadaan mereka…saya juga berbincang dengan mereka…saya tidak pasti mereka memahami tetapi saya sentiasa berbincang” – jelas Shuib
Terdahulu, Shuib kehilangan arwah Siti Sarah yang meninggal dunia akibat COVID-19 pada 9 Ogos 2021.
Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 8, dan Ayash Affan berusia setahun lima bulan.
BACA:
MB Terengganu dedah ada nama besar akan ‘join’ PN, lain pula netizen ‘teka’, ‘Tun M ke?’