Impian sejak kecil- Pemuda teruja nak tahu ada apa atas tangga highway PLUS, rupanya. Bagi yang selalu menggunakan jalan Lebuh Raya PLUS, mesti korang akan perasan ada tangga yang menuju ke atas lereng bukit. Mungkin ada di antara kita yang tertanya-tanya ada apa sebenarnya dekat atas sana tapi tak berkesempatan untuk meneroka.
Dah lah dekat tepi highway, tiba-tiba sesat pula tangga tinggi. Mesti korang pelik dan teringin nak tahu kan?
Baru-baru ini, satu video yang tular di TikTok telah dimuat naik semula oleh @TikTokBerguna, memaparkan seorang lelaki gembira kerana akhirnya impian dan hasratnya berjaya dicapai.
Pemilik sebenar video, @meggikare menceritakan bahawa dia sebenarnya sudah lama menyimpan hajat ingin memanjat tangga berkenaan malah sejak dari kecil lagi!
Biasalah waktu kecil-kecil kan, perasaan ingin tahu tu tinggi. Samalah seperti lelaki ini.
Selalu nampak tangga ni bila lalu Highway PLUS. Korang nak tahu apa yang ada kat atas bukit? Tengok video ni pic.twitter.com/RiEbQCdH7j
— TikTok Berguna (@TikTokBerguna) November 19, 2022
“Ini angan-angan aku dari kecil tapi aku selalu terlepas tetapi hari ini aku tengok ada lori berhenti di tepi, jadi aku baru teringat nak tengok tempat itu,” jelasnya.
Menerusi video tersebut, lelaki itu mengatakan dia terpaksa memanjat lebih 200 anak tangga untuk sampai ke atas bukit. Tiba sahaja dia di puncak, rupanya ada sebuah pondok rehat dalam kawasan pepohon.
Oleh itu, siapa yang larat memanjat ke situ dapatlah berehat sambil menikmati pemandangan lebuh raya.
Meninjau ke ruangan komen, netizen berterima kasih kepada lelaki ini kerana akhirnya dia telah membongkarkan apa sebenarnya ada di atas sana kerana mereka juga curious dan menyimpan perasaan yang sama.
Selain itu, ada juga yang sempat berseloroh mengatakan pondok itu adalah tempat ‘makhluk’ dari alam lain berehat.
Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di Twitter
Pondok tu bukan untuk orang. Untuk anak beranak makhluk halus picnic bila penat terbang atas highway.