Ina Naim, isteri kepada Allahyarham Suhaimi Saad, menafikan dakwaan bahawa dia akan berkahwin dengan seorang artis dalam masa terdekat.
Menurut laporan Harian Metro, Ina menegaskan bahawa khabar angin tersebut tidak berasas.
“Artis mana pula yang nak dengan Ina? Anak pun dah ramai,” ujar Ina secara berseloroh.
Sebelum ini, tular desas-desus yang mengatakan kad jemputan majlis perkahwinan pasangan selebriti tersebut
telah diedarkan di kampung Ina di Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor.
Sebagai makluman, Ina berkahwin dengan Suhaimi pada 12 Ogos 2007, dan mereka dikurniakan empat cahaya mata: Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah, dan Nur Layla Elghufrony.
Suhaimi, yang merupakan bekas anggota kumpulan nasyid In-Team, meninggal dunia pada 15 November tahun lalu di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru, akibat jangkitan kuman pada paru-paru.