Tidak lagi mahu terlibat dalam industri lakonan, personaliti media sosial Adrian Edy
Beliau kini memberikan sepenuh perhatian kepada misi bantuan kemanusiaan serta pengembangan perniagaannya.
Adrian menjelaskan bahawa keputusan tersebut diambil kerana keinginannya untuk membantu lebih ramai individu yang memerlukan, khususnya di negeri kelahirannya, Sabah.
“Saya berlakon dahulu hanya untuk suka-suka sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Kini, masa saya lebih banyak dihabiskan untuk membantu orang susah dan menguruskan bisnes.
“Tambahan pula, di Sabah, masih ramai yang memerlukan bantuan, terutamanya di kawasan pedalaman.
Jadi, saya memilih untuk memberi tumpuan kepada kerja sukarelawan, kerana itu yang membuat saya lebih bahagia,” katanya kepada mStar.
Pemuda yang telah membantu lebih daripada 110 keluarga itu turut berkongsi rancangan untuk lebih aktif dalam misi kemanusiaannya pada tahun 2025.
“Fokus saya seterusnya adalah untuk membantu lebih ramai individu, dengan keutamaan kepada Sabah. Tahun depan, saya bercadang untuk melengkapkan jelajah bantuan saya di semua daerah di negeri ini,” ujarnya.
BACA: Che Ta tunggu masa sesuai jelaskan kenapa dia gagal bayar hutang Mara yang ramai nak tahu