Ingat saja pakai, rupanya ini sebab penyanyi pakai ‘headphone’ masa rakam lagu
Mesti anda pernah tengok video muzik yang berlatarkan studio rakaman.
Perasan tak, penyanyi dalam video tu sentiasa mengenakan suatu alat di kepala.
Alat ini dikenali sebagai headphone.
Semasa proses rakaman lagu, penyanyi akan berada di dalam bilik kedap bunyi dengan memakai headphone tersebut.
Di sebalik cermin pula, terdapat penggubah muzik sedang duduk di hadapan meja yang penuh dengan indikator pengawal bunyi.
Tapi kenapa kedua-duanya memakai fon kepala semasa rakaman?
Dalam penghasilan lagu, setiap bunyi memainkan peranan yang penting. Oleh itu, headphone merupakan pilihan terbaik.
Headphone membantu penyanyi untuk fokus dengan suara mereka agar dapat menghasilkan bunyi yang sempurna.
Fon kepala yang selesa juga sangat penting untuk kenyamanan penyanyi ketika mempersembahkan lagu.
Penggubah muzik juga dilihat sering memakai headphone semasa rakaman. Hal ini kerana, jika muzik latar dimainkan melalui pembesar suara, bunyi tersebut akan tertangkap di mikrofon penyanyi.
Dengan memakai headphone, penyanyi dan penggubah muzik masing-masing boleh menumpukan perhatian kepada bunyi yang didengar.
Peralihan bunyi yang baik
Headphone membuat pemakainya lebih peka dengan bunyi. Bunyi akan kedengaran di fon kepala dengan jelas.
Selain penyanyi dan penggubah, DJ juga sering mengenakan alat ini.
Semasa menggubah muzik di dalam studio, DJ memerlukan fon kepala untuk memastikan peralihan yang baik dari satu muzik ke muzik yang lain.
DJ juga memakai fon kepala semasa memainkan muzik secara langsung.
Hal ini kerana, DJ tidak mahu peralihan tersebut disedari ramai dan mengganggu ‘mood’ pendengarnya.
Bunyi latar
Semasa rakaman, penyanyi menggunakan headphone untuk memastikan bunyi latar tidak menenggelamkan suara.
Penyanyi boleh mengarahkan penggubah untuk memperlahan atau menguatkan bunyi latar mengikut keselasaan mereka.
Dengan penggunaan fon kepala, penyanyi boleh menumpukan perhatian terhadap nada suara mereka.
Kadangkala, pemain muzik seperti drum dan piano juga menggunakan fon kepala supaya bunyi instrumen mereka tidak bercampur dengan instrumen lain.
Gambar via Google
Penggunaan headphone sangat penting dalam industri muzik. Jika anda berniat menceburkan diri dalam bidang ini, boleh lah mula survey headphone terbaik untuk anda.
BACA: Tiba-tiba kena lilit ular sawa masa berseorangan, abang bomba ini ajar cara lepaskan belitan ular