Ingat ubi kayu kena rebus dahulu lepas tu biar kuah pekat melikat, baru sedap

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

Ingat ubi kayu kena rebus dahulu lepas tu biar kuah pekat melikat, baru sedap dimakan campur dengan rasa lemak-lemak manis amat menyelerakan.

Sira ubi kayu, sejenis pencuci mulut berkuah manis yang tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat Malaysia,

lebih lagi di Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu.

Ingat ubi kayu kena rebus dahulu lepas tu biar kuah pekat melikat, baru sedap

Bahan utama yang diperlukan untuk membuat manisan ini sudah tentulah ubi kayu.

Ingat ubi hendakah direbus kemudian disira bersama beberapa bahan lain. Kemudian akan dibiarkan mereneh sehingga kuahnya menjadi pekat.

Jika ada yang mahu mencubanya di rumah, mari ikuti perkongsian oleh Puan Tg Khuzanika di bawah untuk mengetahui apakah bahan-bahan yang diperlukan serta cara penyediaannya yang lengkap.

RESEPI SIRA UBI KAYU
Bahan-bahan:

Ubi kayu
Nisan/gula melaka
Sedikit garam
Daun pandan
2-3 sudu besar gula
1 sudu besar tepung ubi (bancuh dengan air)

Cara memasak:

  • Rebus ubi kayu. Kuantiti air sama paras dengan ubi. Rebus sehingga empuk.
  • Apabila ubi sudah empuk, letakkan sedikit garam, gula melaka dan daun pandan.
  • Rebus lagi sehingga bertukar warna, kemudian besarkan api dan pastikan sehingga betul-betul menggelegak.
  • Apabila sudah menggelegak, masukkan bancuhan tepung ubi dan kacau. Kecilkan semula api dan biarkan mereneh.
  • Seterusnya, letakkan gula dan biarkan mereneh lama sehingga pekat.
  • Kalau nak warna lebih gelap, letak sedikit kicap. Selamat mencuba!
  • Kredit resipi dan gambar: Tg Khuzanika, Mahiran Saleh

Baca juga: Lagi influencer kantoi judi haram didedahkan, yang bertudung pun ada!