‘Ingatkan dadah je kena seludup’, Kastam sita 8.4tan durian yang cuba diseludup dari negara jiran

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

‘Ingatkan dadah je kena seludup’, Kastam sita 8.4tan durian yang cuba diseludup dari negara jiran

Pasukan kastam Thailand merampas sebanyak 8.4 tan durian yang disyaki diseludup masuk ke negara itu dari Kemboja, lapor portal berita PBS hari ini.

Durian itu untuk dijual di Thailand dan diseludup menggunakan sebuah lori di daerah Wang Somboon, wilayah Sa Kaeo semalam.

'Ingatkan dadah je kena seludup', Kastam sita 8.4tan durian yang cuba diseludup dari negara jiran

Pada mulanya, anggota-anggota Kastam yang ditempatkan di sebuah pusat pemeriksaan di hadapan Hospital Wang Somboon berasa curiga melihat sebuah lori enam roda.

Mereka kemudian menahan trak tersebut dan kemudan melakukan pemeriksaan serta menemui durian bernilai kira-kira 1.17 juta baht (RM225,533).

Pemandu lori itu pula tidak dapat mengemukakan dokumen bagi menyatakan dari mana buah itu datang.

Dia dijangka akan didakwa kerana terlibat melakukan penyeludupan dan durian-durian tersebut telah dihantar ke pejabat kastam di daerah Aranyaprathet.

BACA:

Tak sempat keluarkan duit gaji, lelaki ini meninggal depan mesin ATM

Siapa sangka sperma lembu ini bernilai dekat RM23 ribu, ini baka lembu paling mahal dalam dunia, kalah lembu wagyu!