Ingatkan iPhone 16 je kena, Google Pixel pun disekat penjualannya di Indonesia

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

Indonesia telah menyekat penjualan telefon Google Pixel di negara itu kerana kegagalan syarikat teknologi tersebut memenuhi peraturan pelaburan.

Nasib yang sama turut menimpa syarikat Apple, di mana penjualan iPhone 16 juga disekat atas alasan yang sama.

Memetik laporan dari CNA News, Indonesia sedang berusaha untuk meningkatkan pelaburan daripada

syarikat teknologi asing dengan mewajibkan 40% komponen telefon diperoleh dari Indonesia.

Jurucakap Kementerian Industri Indonesia, Febri Hendro Antoni Arif, menyatakan bahawa selagi produk tidak memenuhi syarat yang ditetapkan, ia tidak boleh dijual di Indonesia.

Ingatkan iPhone 16 je kena, Google Pixel pun disekat penjualannya di Indonesia

Bagi Google Pixel, mereka masih belum memperoleh sijil TKDN.

TKDN atau Tingkat Komponen Dalam Negeri ialah dasar Indonesia yang mengharuskan perniagaan menggunakan peratusan minimum komponen dan bahan tempatan untuk menjual produk mereka di negara itu.

Peratusan komponen tempatan yang diperlukan berbeza mengikut sektor perniagaan.

Kementerian itu juga menyatakan minggu lalu bahawa telefon yang disekat daripada jualan komersial masih boleh dibawa ke Indonesia, asalkan ia tidak didagangkan

BACA: Rupanya ini identiti pemilik U Mobile ramai tak berani nak cakap lebih-lebih