Untuk mengisi masa lapang sepanjang hujung minggu lalu, ramai mengambil kesempatan melakukan aktiviti
mendaki bersama keluarga dan rakan-rakan. Akibatnya, banyak kawasan bukit dan gunung dipenuhi pendaki.
Situasi serupa berlaku di Gunung Baling, Kedah, di mana ratusan pendaki membanjiri kawasan tersebut untuk menikmati keindahan alam semula jadi.
Menerusi perkongsian pengguna TikTok, @daushalim_, kelihatan ramai pendaki beratur
menunggu giliran untuk memanjat laluan berbatu menuju puncak Gunung Baling.
“Gunung Baling tak ‘relax’, bukan jalan sahaja sesak, naik trek pun sesak,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Di ruangan komen, sebanyak 360 pengguna meninggalkan pelbagai reaksi, dan video tersebut telah meraih lebih 337,000 tontonan dalam tempoh 24 jam.
“Kenapa ramai sangat macam ada kenduri di atas,” seloroh Meklinn.
@daushalim__ Gunung baling tak rilek, bukan jalan ja jem…trek pon jem😳 #hiking ♬ Funny Song – Funny Song Studio & Sounds Reel
“Panjat gunung pun trafik sesak, semangat orang kita, bersesak-sesak dahulu, bersenang-senang kemudian,” kata Jenny.
“Ingatkan hanya lebuh raya sesak, rupanya dekat gunung pun sama,” komen @tok0125.
“Kenapa ramai sangat? Ada buat temujanji ke?,” tambah Sweety.