Ramai yang menyedari bahawa solat secara berjemaah mendapat ganjaran yang lebih besar berbanding solat bersendirian.
Tambahan pula, solat berjemaah lebih disyorkan dilakukan di masjid.
Ketika solat berjemaah, ramai yang berebut-rebut untuk mendapatkan tempat di saf pertama di belakang imam.
Namun, baru-baru ini, seorang pengguna Facebook telah menimbulkan perdebatan dalam kalangan netizen apabila dia menghalang jemaah dari luar kariah untuk solat di saf pertama.
Special memo untuk kawan-kawan yang kaki solat tarawih tiap malam different masjid (masjid hoppers).
—
1. Duduk saf pertama memang sebaik-baik tempat dalam masjid/surau. Tapi you kena ingat, it’s not your masjid
. You tak tau budaya dan amalan kat masjid tu. Jangan asal nampak sejadah atau spot kosong je, you terus nak celapak duduk kat saf pertama.
2. Mungkin saf pertama tu, walaupun you nampak ada spot kosong, tetapi sebenarnya dah ada tuannya.
(1) Spot tu dah dikhaskan untuk penceramah, pengerusi masjid, tetamu atau jemputan khas.
So you don’t simply go and nicely sit there! Malu je nanti kena halau secara halus (“Bang, maaf, ni Imam 3 punya tempat”).
(2) Spot yang nampak kosong tu, actually dah ada penghuninya. Penghuni tu memang orang kariah situ, orang taman tu, orang kampong tu.
Dia tu memang dah duduk spot tu tiap waktu solat fardhu, solat Jumaat, solat Raya, segala solat. Cumanya at that time dia gi toilet ke, gi minum ke.
3. So sebagai pendatang, sebagai orang dagang, you gi lah duduk kat saf kedua, atau saf-saf lain. Seperti kata orang-orang dulu,
“…anak dagang di rantau orang, pandai-pandai membawa diri..”