Ingatkan saja-saja letak, rupanya ini maksud huruf A,C,T & KA yang ada pada lori ramai tak tahu

Oleh GEMILANGDAILY

Ingatkan saja-saja letak, rupanya ini maksud huruf A,C,T & KA yang ada pada lori ramai tak tahu

Ketika memandu di jalan raya, lori sering mendapat perhatian dan pasti ramai yang mengelak untuk berada di belakang kenderaan tersebut.

Dalam pada itu, anda mungkin akan menyedari bahawa sesebuah lori atau trak kargo mempunyai huruf A,C atau T yang biasanya dilekatkan pada bahagian belakang atau ‘kepala’.

Ingatkan saja-saja letak, rupanya ini maksud huruf A,C,T & KA yang ada pada lori ramai tak tahu

Bukan saja-saja, huruf-huruf tersebut sebenarnya mempunyai makna yang tersendiri.

Menerusi panduan dasar pelesenan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam (SPAD), lori pembawa huruf A merupakan kenderaan yang membawa barangan untuk sewa atau upah atau berhubung dengan apa-apa perdagangan dan perniagaan yang dijalankan.

Manakala, lori pembawa huruf C pula adalah kenderaan yang membawa barangan sendiri atau berkaitan dengan apa-apa perdagangan dan perniagaan yang dijalankan.

Ada lebih pelbagai jenis kenderaan pembawa A dan C antaranya termasuklah Cargo Truck With Tail-Lift Platform, Refrigeration Truck dan Box Trailer. Anda boleh rujuk senarai penuh oleh SPAD disini.

Pemandu perlu mendapatkan permit atau lesen ini bagi lori masing-masing mengikut ketetapan yang dibuat SPAD.

Ia terbuka kepada semua individu, Syarikat Perkongsian, Syarikat Sdn. Bhd dan Koperasi.

@firdauszainal88 Reply to @along_garfu #🤣🤣 #foryoupage #fypシ #fyp #pilotdarat #abglori #abgkargo #belalangkunyit #abgjarangpulang ♬ bunyi asal – MAMASempoi🌹SYAFIQ💞 – MYSWEET ❤️😘🌹🌹ZAMHAsNiZa

Perkara ini juga telah dijelaskan oleh seorang pemandu lori, Firdaus Zainal menerusi TikTok miliknya. Menurutnya, huruf T pula merupakan untuk Treler dan KA untuk kontena (Prime Mover dan Trailer).

BACA:

“Maduku adalah adik kandung aku sendiri, tak sangka suami buat kejutan macam ni”