Pastinya yang bekerja di pejabat sedar akan kewujudan lubang kecil di hujung bahagian atas meja, selalunya ia digunakan untuk memastikan wayar tersusun dengan kemas.
Tapi orang zaman sekarang dilihat agak kreatif, mereka menggunakan lubang kecil tersebut untuk meletakkan cawan air.
Video tersebut dimuat naik pengguna TikTok, hiulme yang tidak menyangka ramai mempercayai fungsi lubang tersebut.
“Wow tak sangka pun meme begini rupanya ramai tak tahu fungsi sebenar, tak apa sekurangnya kamu semua terhibur,” ujarnya di ruangan komen.
Video yang mendapat jumlah tontonan hampir lima juta itu menunjukkan pemilik video membuka penutup lubang dan meletakkan air ke dalamnya.
Lebih melucukan, penutup lubang itu diletakkan di atas cawan, ibarat minum air daripada restoran makanan segera.
Ramai tak menyangka bahawa idea tersebut sebenarnya boleh diguna pakai dan ramai juga tidak tahu fungsi sebenarnya.
“Itu tempat wayar komputer sebenarnya, tapi nampak berguna dengan cawan kita pakai.
“Aku masuk makmal komputer sekolah aku dorang masukkan segala cable lalu situ, so nampak macam tak serabut la gitu tapi banyak benda boleh guna rupanya.” antara komen pengguna TikTok.
Ada antara warganet yang menyangka selama ini, lubang tersebut adalah untuk membuang asap rokok.
“Weh serius aku fikir selama ini tu tempat rokok.
“Aku rasa itu untuk buang habuk rokok,” komen pengguna lain.