Dia punya kaya kalah PM woi! Ini 5 kereta pelawak paling mahal dalam Malaysia, kereta Nabil paling rare!

Oleh GEMILANGDAILY

Dia punya kaya kalah PM woi! Ini 5 kereta pelawak paling mahal dalam Malaysia, kereta Nabil paling rare!

Jika dahulu, segala perkembangan mengenai selebriti dan artis Malaysia hanya boleh diketahui melalui keratan akhbar atau berita.

Namun kini, segala aktiviti dan perkembangan semasa selebriti dan artis Malaysia boleh didapati dengan mudah melalui laman sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter.

Ini 10 senarai kereta paling mahal dalam dunia yang paling last tu ada pemimpin Malaysia pakai, cuba teka siapa?

Bukan itu sahaja, kini kebanyakan artis Malaysia bukan sahaja menjana pendapatan melalui lakonan, nyanyian atau pengacaraan semata-mata malah turut menggunakan platform media sosial

menceburi perniagaan untuk menjana pendapatan tambahan sehingga mampu bergelar jutawan dan memiliki kereta mewah idaman.

Kereta Mewah dan Mahal Milik Artis dan Selebriti Popular Malaysia

1. Kereta Shuib Sepahtu – Chevrolet Camaro 3.6 2015

Shahmira Muhamad atau lebih dikenali sebagai Shuib Sepahtu merupakan seorang pelawak, pelakon, pengacara, penyanyi, penyampai radio dan usahawan di Malaysia. Shuib mula dikenali ramai setelah menjadi juara rancangan realiti Raja Lawak Musim 3 (2009) dan Maharaja Lawak (2011).

Chevrolet Camaro Shuib Sepahtu

Bagi peminat yang mengikuti perkembangan beliau di Instagram semestinya sudah mengetahui bahawa beliau mempunyai minat yang cukup mendalam dalam dunia automotif.

Beliau memiliki beberapa koleksi kereta mewah berkuasa tinggi seperti Chevrolet Camaro, Porsche GT4, Ford Mustang dan Dodge Challenger SRT. Model kereta Chevrolet Camaro semestinya tidak asing lagi buat peminat Filem Transformers – watak makhluk asing yang bernama Bumblebee dan semestinya memberikan impak yang cukup mendalam.

Chevrolet Camaro 3.6 2015 dikuasakan oleh enjin 3.6L V6 yang mampu menghasilkan 335 kuasa kuda dan 385 Nm tork. Ia sekali gus menjadikan enjin ini sebagai enjin V6 NA (Normal Aspirated) paling berkuasa dalam segmennya.

Kereta ini mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa 3.6 saat dengan kelajuan maksimum mencecah 319 km/j. Penggunaan petrol pula adalah sekitar 7.8 liter/100km sekali gus menjadikan Chevrolet Camaro sebagai model kereta paling cekap atau jimat bahan api. Kecekapan bahan api ini didorong oleh gabungan tiga teknologi enjin kereta yang berkesan meningkatkan prestasi dan penjimatan iaitu:

Penggunaan teknologi VVT (Variable Valve Timing);
Sistem semburan bahan api terus (Direct Injection);

Chevrolet Camaro 3.6 menampilkan Driver Mode Selector – sistem kawalan instrumen dan lampu ruang kabin yang boleh diselaraskan. Model kereta ini dijual pada harga sekitar RM300,000 bergantung pada spesifikasi dan tahun.

2. Kereta Nabil Ahmad – Mercedes-Benz G 350

Mercedes-Benz G 350 terpakai

Nabil Ahmad merupakan seorang pelawak, pengacara, penyampai radio, penyanyi dan pelakon di Malaysia.

Mercedes-Benz G 350 terpakaiBeliau mula terkenal selepas menjuarai program realiti pencarian bakat komedi Raja Lawak Astro Musim Kedua.

Nabil Ahmad juga turut memiliki beberapa koleksi kereta mewah berjenama antaranya Mercedes-Benz G 350. Model Mercedes-Benz G 350 baharu dijual di pasaran pada harga sekitar RM999,888 tidak termasuk insurans dan sekitar RM500,000 untuk model Mercedes-Benz G 350 terpakai. Mercedes-Benz G 350 dikuasakan oleh enjin turbo diesel enam silinder, menampilkan kotak gear automatik 9G-TRONIC 9 kelajuan. Enjin ini berupaya menjana 281 kuasa kuda dan 600 Nm tork dan berupaya memecut dari 0-100 km/j dalam masa 7.4 saat dengan kelajuan maksimum mencecah 199 km/j.

Enjin diesel dan sistem ekzosnya dikatakan lebih senyap dengan gegaran yang minimum sekali gus menjanjikan kualiti pemanduan yang selesa. Penampilan Mercedes-Benz G 350 ini diserlahkan dengan ruang kabin dengan tona hitam digabungkan dengan kemasan perak pada sebahagian kecil papan pemuka, corong pendingin hawa, konsol tengah dan butang kawalan pada stereng. Malah, ia turut diserlahkan dengan tempat duduk kulit berwarna hitam dengan kemasan jahitan benang merah.

Mercedes-Benz G 350 dilengkapi dengan ciri keselamatan aktif Driving Assistance Package yang merangkumi Active Distance Assist DISTRONIC dan Bantuan Titik Buta. Selain itu, Nabil Ahmad juga memiliki dikatakan memiliki Ford Ranger Spyder F150.

3. Kereta Wak Doyok – Ford Raptor F-150

Mohd Azwan Md Nor atau lebih dikenali sebagai Wak Doyok merupakan seorang usahawan, personaliti televisyen dan ikon fesyen yang terkenal.

kereta selebriti Malaysia paling mewah

Beliau terkenal dengan penampilan fesyen Mods (modern stylish) di Malaysia dan merupakan pengasas bersama jenama pakaian The Garment.

Minat Wak Doyok terhadap kereta-kereta mewah dan mahal tidak asing lagi dalam kalangan peminatnya kerana beliau sering memuat memuat naik pelbagai koleksi kenderaan mewah yang dimilikinya di Instagram. Antara koleksi kereta yang dimiliki beliau ialah Ford Mustang GT500 dengan harga pasaran semasa sekitar RM500,000 dan Ford Raptor F-150 (RM788,000) tidak termasuk insurans.

Ford Raptor F-150 milik Wak Doyok semestinya antara koleksi kereta yang mencuri tumpuan. Model CKD dengan pemasangan di Gurun, Kedah ini tampil dengan rekaan dan spesifikasi yang memukau. Ia dikuasakan oleh enjin 3.5L twin turbo EcoBoost V6 yang mampu menghasilkan 450 kuasa kuda dan 691 Nm tork.

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan sistem transmisi automatik 10 kelajuan. Model kereta ini turut menampilkan paparan kluster instrumen 4.2 inci, kamera 360 darjah, kain upholsteri kulit, tempat duduk dengan kuasa elektrik dan pendingin hawa manual dwizon.

Malah, ia turut dilengkapi dengan sunroof, stereng pelbagai fungsi, Kawalan Pemanduan Adaptif (ACC), Sistem Maklumat Titik Buta (BLIS), Cross-Traffic Alert dan Terrain Management System.

4. Kereta Neelofa – Porche Macan

Noor Neelofa binti Mohd Noor atau Neelofa ialah seorang pelakon, pengacara dan model komersial.

kereta artis Malaysia, Neelofa - Porsche Macan

Beliau mula mencipta nama setelah memenangi pertandingan Dewi Remaja 2009/10 yang dianjurkan oleh majalah Remaja. Selain kejayaannya dalam bidang hiburan, beliau merupakan ahli perniagaan jenama pakaian wanita Muslimah, Naelofar Hijab dan merupakan antara yang tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia. Neelofa memiliki beberapa jenama kereta mewah dan mahal di dunia antaranya seperti Range Rover Evoque, BMW X6 dan Porsche Macan.

Range Rover Evoque dijual di pasaran pada harga sekitar RM400,000 hingga RM500,000. Manakala BMW X6 yang juga merupakan sporty crossover mewah dijual pada harga sekitar RM660,000 hingga RM1.2 juta! Porsche Macan, SUV crossover mewah lima pintu boleh dikatakan antara kenderaan yang paling kerap dipandu Neelofa. Model kereta ini dijual di pasaran pada harga bermula sekitar RM455,000.

Porsche Macan dikuasakan oleh petrol turbocharged 2.0 liter dengan 252 PS dan 370 Nm tork yang diagihkan ke empat-empat roda melalui transmisi automatik dwiklac PDK tujuh kelajuan. Model kereta ini mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa 6.7 saat dengan kelajuan maksimum boleh mencecah setinggi 225 km/j.

Model ini dilengkapi dengan tempat duduk depan boleh laras 14 arah dengan fungsi memori, Power Steering Plus Park Assist, sistem bunyi BOSE dan pencahayaan ambien.

5. Kereta Hairul Azreen – Nissan GTR R35

nissan GTR terpakai

Hairul Azreen bin Idris atau lebih dikenali sebagai Hairul Azreen merupakan seorang pelakon dan model di Malaysia. Beliau memulakan kerjaya dalam dunia hiburan sebagai pelakon lagak ngeri atau stuntman untuk beberapa filem tempatan sebelum bergiat aktif sebagai pelakon di Malaysia. Pelakon yang popular dengan filem Paskal ini juga turut memiliki kereta mahal seperti Nissan GTR R35.

Model kereta ini merupakan model GTR pertama yang tidak menggunakan platform Skyline dan merupakan generasi ke-6 dalam keluarga GTR selepas Nissan Skyline GTR KPGC10 (Hakosuka), Nissan Skyline GTR KPGC110 (Kenmeri), Nissan Skyline GTR R32, Nissan Skyline GTR R33 dan Nissan Skyline GTR R34.

Model kereta ini ditawarkan dalam empat (4) varian iaitu Nissan GT-R Pure (RM418,109), Nissan GT-R Premium (RM462,224), Nissan GT-R Track Edition (RM537,491) dan Nissan GT-R Nismo (RM734,022). Kesemua varian GT-R (2019) dilengkapi dengan ciri standard seperti –

Lampu depan dan lampu siang LED;

Unit infotainmen NissanConnect® termasuk navigasi dan Apple CarPlay™;

Nissan GT-R Pure, Premium dan Track Edition dikuasakan oleh enjin 3.8L DOHC V6 24 injap. Enjin jenis ini berkuasa menghasilkan 565 kuasa kuda dengan 633 Nm tork. Ia dipadankan dengan transmisi klac berkembar 6-kelajuan dan pacuan kawalan elektronik AWD ATTESA E-TS. Manakala, varian paling tinggi iaitu Nissan GT-R NISMO pula berupaya menghasilkan kuasa sehingga 600 kuasa kuda dan 652 Nm tork.

Varian ini juga turut menampilkan ruang dalaman dan luaran yang eksklusif.

BACA:

Lelaki berpangkat Datuk didakwa ‘sakau’ duit pakej umrah RM1.5 juta

“Suami outstation, aku dan anak dapat jemputan kahwin kawan kelas, rupanya pengantin lelaki suami aku!”