Ini 3 pemimpin dunia yang tak perlukan passport untuk masuk ke negara lain

Oleh ISMAIL YAHYA

Untuk perjalanan ke luar negara, selain daripada tiket penerbangan, dokumen paling penting yang perlu anda miliki adalah pasport anda.

Sekalipun anda popular atau terkenal, jika anda terlupa membawa pasport atau pasport anda telah tamat tempoh, anda tidak akan dibenarkan menaiki pesawat.

Pasport adalah dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh kerajaan yang mengandungi identiti seseorang.

Ini 3 pemimpin dunia yang tak perlukan passport untuk masuk ke negara lain

Dengan pasport, seseorang boleh melakukan perjalanan ke dan dari negara asing dengan lebih mudah dan mendapatkan bantuan dari konsulat di negara tersebut.

Selain itu, pasport juga berfungsi sebagai pengesahan identiti peribadi dan kewarganegaraan pemegangnya. Biasanya, pasport mengandungi nama penuh, gambar, tempat dan tarikh lahir, tandatangan, serta tarikh tamat tempoh pasport.

Namun, terdapat tiga individu yang terkecuali daripada peraturan ini. Mereka tidak memerlukan pasport untuk melancong ke mana-mana di dunia.

Ketiga-tiga individu tersebut ialah Raja Charles III dari United Kingdom, Maharaja Jepun Naruhito, dan Maharani Masako. Sebelum Raja Charles III, keistimewaan ini dinikmati oleh Ratu Elizabeth II.

Raja Charles III tidak mempunyai pasport seperti ahli keluarga Diraja yang lain. Dokumen yang dikeluarkan bagi beliau adalah atas nama Raja UK, bukan pasport.

Ini menyatakan bahawa “Setiausaha Negara Kebawah Duli Yang Maha Mulia Britannic meminta dan menghendaki atas nama Kebawah Duli Yang Maha Mulia semua orang yang berkepentingan untuk membenarkan pembawa itu berlalu dengan bebas tanpa izin atau halangan dan memberi pembawa bantuan dan perlindungan yang mungkin diperlukan.”

Bagaimanapun, semua ahli keluarga diraja yang lain, termasuk Permaisuri Camilla dan Putera William, perlu membawa pasport setiap kali mereka keluar dari Great Britain.

Bagi Maharaja dan Maharani Jepun, mereka tidak perlu memegang pasport. Dokumen kementerian akan dikeluarkan untuk mereka semasa perjalanan ke luar negara, dan negara yang akan dikunjungi akan dimaklumkan lebih awal tentang kedatangan mereka.

Bagi Permaisuri Camilla, dia perlu menyimpan pasport diplomatik. Pasport diplomatik juga dikeluarkan untuk ahli keluarga Imperial yang lain di Jepun.

BACa: “Suami layan aku dengan baik selama berkawan, tapi lepas nikah je terus jadi lain pula