Ini 5 cara paling ‘sopan’ tapi berkesan minta hutang dengan member. Pasti ramai di sini yang banyak menghadapi situasi untuk meminta hutang daripada kawan-kawan bukan?
Walaupun dah banyak kali bagi ‘hint’ tapi masih belum dapat juga duit kita. Kadangkala bukan tak nak tegur direct, tapi takut pula mereka terasa dan boleh memutuskan hubungan silaturrahim itu.
Jadi, macam mana nak bagi mereka ini ‘sedar’ yang kita perlukan duit tanpa buat mereka terasa? Ini mungkin cara sopan yang anda boleh guna untuk meminta hutang daripada rakan-rakan anda.
1. Mesej direct tanya soalan
Untuk yang pertama ini, kalau anda dah rasa dia macam liat sangat nak bayar cuba mesej terus berserta soalan “Hi, bila nak bayar hutang?” tanpa perlu berkias. Ataupun untuk lebih sopan mulakan dengan salam, pertanyaan khabar dan kemudian bertanyakan soalan tersebut.
2. Nak baiki kereta
Antara alasan yang korang boleh guna adalah mengenai penjagaan kenderaan anda. Contohnya seperti mahu servis kereta, kereta masuk bengkel dan sebagainya. Benda ini memerlukan duit dengan segera. Kemungkinan lepas itu mereka terus bank in pada anda.
3. Banyak pakai duit bulan ini
Selain daripada itu, anda mungkin boleh guna alasan dengan memberitahu bulan ini sudah banyak duit habis. Jadi, anda perlukan duit dengan segera dan minta pada si peminjam tu. Harap dia sedar!
4. Keluar lepak sekejap dengan si peminjam
Cara ini juga sangat bagus. Anda perlu mengajak si peminjam untuk keluar lepak dahulu seperti minum ke atau makan, dan sambil-sambil syok berbual, masukkan soalan mengenai hutang yang dipinjamnya dari anda.
5. Komen di Insta story mereka
Cara ini mungkin ramai pernah buat. Iyalah, dah pandai pinjam selepas itu bila kita lihat Instagram stories mereka banyak pula duit nak keluarlah, tengok wayanglah dan sebagainya. Anda boleh personal komen dengan bertanya tentang hutang dia daripada anda.
Kalau tak jalan juga cara ini, mungkin dah boleh fikir sendiri kot nak guna cara apa 😀
BACA JUGA :
Kecoh lelaki kencing dekat warga emas dalam kapal terbang
Dihempap pokok tumbang, pakcik ni dilihat masih selesa merokok
Pejabat Mufti Wilayah tegur anak Muhyiddin, “haram guna nama Priest pada nama”