Ini 5 sikap orang politik yang buat rakyat menyampah, no.3 tu sebiji macam perangai…

Oleh GEMILANGDAILY

Ini 5 sikap orang politik yang buat rakyat menyampah, no.3 tu sebiji macam perangai…

Untuk cuba meramal hala tuju tindakan seseorang ahli politik, memang merupakan antara perkara yang mustahil untuk dilakukan.

Ini kerana ahli politik khasnya ahli politik antarabangsa mempunyai pelbagai helah dan taktik dalam memastikan diri mereka terselamat walaupun dalam masa sama perlu mengorbankan pihak lain.

Ini 5 sikap orang politik yang buat rakyat menyampah, no.3 tu sebiji macam perangai...

Ahli politik luar kerap kali memaparkan banyak perangai yang menjengkelkan, yang kita harapkan tidak menular di kalangan ahli pemimpin kita yang telah beroleh kepercayaan masyarakat.

1. Tak reti tepati masa

hadirin menunggu vip tiba

Salah satu konsep asas yang jarang sekali diikuti ahli politik adalah ketetapan masa. Apabila sesebuah majlis yang akan dia hadiri bermula jam 9 pagi, pukul 9.30 pagi adalah waktu paling awal dia akan hadir. Itupun kalau nasib baik.

Sangat sukar untuk mengerti kenapa seorang ahli politik boleh menggesa orang ramai untuk patuh kepada undang-undang, tetapi dalam masa yang sama gagal menghormati perkara asas sebegini.

Bagaimanapun bila tiba musim kempen pilihanraya, ketetapan masa ahli politik mula berubah. Bila dijadualkan tiba 9 malam untuk berceramah, sebelum itu lagi dah terpacul.

Untuk bersangka baik, kita anggaplah ahli politik benar-benar mengamalkan biar lambat asal selamat.

2. Kaki claim usaha orang lain
bantuan makanan d2r7

Disebabkan oleh media sosial, semakin ramai ahli politik yang mempunyai pasukan gerak kerja sendiri kerap mencari peluang untuk melakukan ‘photo-ops’ atau ‘peluang bergambar’.

Sekiranya sesuatu peristiwa atau insiden berlaku, dengan tak semena-mena si ahli politik akan hadir ke lokasi tersebut mencari peluang untuk bergambar dalam gerak kerja yang sejak mula tak melibatkan mereka.

Jika rumah seorang rakyat runtuh akibat bencana sedang dibaiki, satu bata yang disusun ahli politik itulah yang akan menghiasi berita. Jika ahli politik datang menghulurkan beras, 5 kampit beras yang dia hulurkan adalah kampit paling penting ditangkap gambarnya.

Ada satu jenis yang lebih teruk, dia tak pernah terlibat, tak pernah terbabit – dia datang terus claim semua itu usaha dan idea dia.

3. Berpolitik 24 jam
letih berpolitik 24 jam

Orang ramai majoritinya bukan berminat untuk berpolitik 24 jam. Bagi kebanyakan antara kami, musim pilihanraya sajalah kami layan politik. Yang selebihnya, kami jangkakan mereka yang terpilih untuk berkhidmat kepada rakyat.

Namun apa yang berlaku jarang sekali cantik sedemikian rupa. Politik sudah jadi terlalu popular sebagai satu topik sehinggakan bukan saja ahli masyarakat ramai yang berpolitik 24 jam, malahan wakil rakyat sendiri lebih gemar jadi ahli politik 24 jam berbanding mewakili rakyatnya.

Jatuh-menjatuhkan, tukar itu, tukar ini, ugut sana-sini, semua itu sudah mewarnai kancah politik kita sekian lama. Tak bolehkah kita ada iklim politik yang lebih sihat serta tidak mengheret orang ramai ke kebinasaan setiap masa?

4. Mudah beralih ideologi
perangai buruk sikap tak elok ahli politik beruk 202

Salah satu tabiat paling mengundang kemarahan yang kadangkala dilakukan ahli politik, adalah perubahan-perubahan ideologi.

Apabila seseorang itu cuba naik, dia lantang membentangkan idea, gagasan dan matlamat yang diharap mampu membawa perubahan positif. Tetapi apabila dah berpegang dengan kuasa, dia mula jadi tepu, diam dan menurut saja. Ideanya hilang entah ke mana.

Pengundi faham beban yang datang daripada tekanan memegang kuasa namun apabila perkara itu seringkali berlaku, lama-kelamaan akan terhakislah kepercayaan masyarakat kepada pemimpin kita.

5. Sombong!

ahli politik sombong

Kita semua tahu untuk jadi seorang pemimpin, bukanlah sesuatu yang mudah. Pemimpin perlu mempunyai aura dan karisma, yang kadangkala memerlukan seseorang itu mempunyai sempadan jelas dengan orang ramai.

Seorang pemimpin tidak boleh terlalu menurut kehendak orang ramai, sehingga dilihat terlalu lemah sehingga mudah diperkotak-katikkan pengundi pula. Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang berjaya menyeimbangkan imej mesra rakyat dengan aura ketokohannya, yang perlu dilihat kuat dan diyakini.

Tetapi ada segelintir pemimpin yang jelas terbawa-bawa dengan kuasa, sehingga mempunyai sikap sombong – merasakan diri mereka lebih baik kerana mereka pemimpin masyarakat yang jelas perlu dipimpin.

Kemudahan media sosial malangnya memberikan wadah terbuka untuk segelintir pemimpin ini menzahirkan kesombongan mereka, seolah tidak takut kritikan dek keyakinan mereka untuk terus memegang kuasa.

Dalam banyak-banyak sifat ahli politik yang buat orang marah, rasanya sombong adalah perbuatan yang paling sukar kita terima. Anda setuju?

6. Dia sendiri langgar undang-undang yang dia buat
undang undang langgar ahli politik kompaun

Rasanya tak perlulah kami ulas panjang isu ini. Tajuk saja dah memadai. Seperti kata pepatah Melayu – ‘kepimpinan haruslah melalui tauladan.’Jika tauladan tidak datang dari kepimpinan, akhirnya makin ramailah yang percaya dengan pepatah moden ‘pemimpin yang bodoh, lahir daripada pengundi yang bodoh.’

Buruk akar, jahanamlah pucuknya.

BACA:

Pemuda ini tempah Hotel OYO siap full payment tapi hotel tutup dan tiada penghuni sekali ini pula yang jadi

Dah tak tahan lagi, Soffi Jikan akhirnya dedah apa yang berlaku di set sampai Aaron Aziz dibuang