Kerang ni kalau dimakan dengan kuetiau atau sos cili Thai memang bertambah tapi itulah nak bersihkan ia memakan masa.
Ada yang sental guna berus gigi tapi masih lagi bersisa pasir dalam kerang tersebut
jadi ramai beli isi kerang sahaja tapi rasanya tak sama macam bakar dalam cengkerang ia.
Ikuiti perkongsian pengguna Lemon8, NorBayaDahlan tentang 7 cara bersihkan kerang tanpa perlu sental ia.
Cara bersihkan kerang
“Hari ini saya nak kongsi cara cuci kerang tanpa perlu sental satu satu. Gunakan bahan yang ada di dapur sahaja.”
1. Serbuk cili/cili kering + air
Campurkan cili kering dan air sehingga paras kerang.
Biarkan dalam 20 minit dan kerang akan terbuka dan muntahkan pasir-pasir yang ada padanya.
Boleh gunakan cara ini untuk bersihkan lala juga
2. Hampas kelapa
Ramas dan gaul kerang dengan hampas kelapa dan biarkan selama 30 minit.
Kotoran kerang akan melekat pada hampas kelapa. Boleh juga guna cara ni untuk bersihkan siput sedut.
3. Serai
Ketuk agak separuh hancur serai dan masukkan dalam bekas kerang. Gaul dan ramas sikit bagi mesra serai dan kerang.
Masukkan air sama paras kerang dan biarkan selama 30 minit. Kemudian boleh bilas ia.
4. Air asam jawa
Campurkan air asam jawa bersama air basuhan beras atau air biasa . Ramas pada kerang. Biarkan dalam 15 minit kemudian cuci bersih
5. Kapur makan
Bancuh sesudu kapur makan dengan air kemudian masukkan pada kerang. Gaul dan ramas rata seketika. Kemudian rendam 15 minit dan bilas cuci bersih.
6. Serbuk kunyit
Masukkan 2 atau 3 sudu besar serbuk kunyit pada bekas kerang. Ramas dan gaul kerang.
Biarkan dalam 15 minit hingga 20 minit. Kemudian basuh bilas bersih.
7. Asam keping
Masukkan beberapa keping asam keping dan sedikit air dan ramas pada kerang.
Biarkan 20 minit kemudian cuci bersih.
Selamat mencuba!
Baca juga: Rezeki beli kereta terpakai, lelaki jumpa plastik hitam dipenuhi duit