Ini 9 tempat yang diharamkan untuk dilawat dalam dunia, no.6 itu paling seram.
KEHEBATAN teknologi dan kecanggihan pengangkutan membolehkan sesiapa untuk menjejakkan kaki ke mana sahaja waima di hujung kutub sekali pun.
Malah, klik sahaja melalui carian internet untuk mana-mana destinasi pelancongan popular, pasti tertera pada peta dunia sekelip mata.
Pun begitu, percaya atau tidak, masih terdapat beberapa lokasi yang masih diharamkan untuk dilawati orang ramai sehingga kini.
Lapor holidify.com, terdapat sembilan tempat misteri di dunia ini yang masih ditutup untuk kunjungan orang ramai dan jika menceroboh, silap hari bulan padah menanti.
1. Gua Lascaux, Perancis
Gua prasejarah yang menjadi lubuk harta karun para arkeologi seluruh dunia.
Selain mempunyai lukisan purba berusia lebih 17,000 tahun, gua yang komplek itu dikatakan berhantu.
Pun begitu, ramai mendakwa, gua tersebut ditutup kepada pelancong pada tahun 1963 kerana dikhuatiri akan merosakkan karya seni lukisan Paleolitik yang masih utuh.
Baca juga Budak 10 tahun temui artifak purba berusia 800 tahun! Ini sebenarnya yang berlaku
2. Pulau Sentinel Utara, India
Antara pulau paling bahaya untuk dikunjungi kerana masyarakat suku kaum Sentinel di sana akan bertindak ganas termasuk membunuh pelancong.
Perkampungan yang terpisah daripada hubungan luar itu dikatakan sudah beranak-pinak sejak lebih 50,000 tahun dan dilindungi kerajaan India.
Baca juga Tiktok diharamkan di India, ini sebabnya yang perlu korang tahu
3. Pulau Surtsey, Iceland
Sebut sahaja Iceland, pasti ramai terbayangkan kepulauan paling mahal untuk dikunjungi di benua Eropah kerana memiliki landskap geografi yang cukup dramatik.
Jika melancong ke sana, anda boleh mengunjungi mana-mana destinasi pelancongan kecuali Pulau Surtsey.
Pelancong dilarang sama sekali untuk mengunjungi Pulau Surtsey yang terbentuk daripada letusan gunung berapi yang masih aktif kerana dikatakan boleh mengganggu fenomena ekologi yang sedang berlaku di pulau tersebut.
Baca juga Hutan Aokigahara jadi lokasi masyarakat Jepun bunuh diri
4. Kuil Besar Ise, Jepun
Selain Pulau Okinoshima dan Gunung Omine yang tidak membenarkan wanita menjejakkan kaki ke sana, terdapat satu lagi kuil besar yang ditutup untuk kunjungan orang ramai.
Kuil Besar Ise antara rumah ibadat paling mahal dibangunkan di Jepun dan mengekalkan tradisi Shinto sejak abad ke-8 lagi.
Orang ramai diharamkan untuk ke sana kecuali mereka yang terdiri daripada kerabat Diraja sahaja.
Baca juga Kampung ‘berhantu’ di Scotland dijual bawah RM1 juta. Siap ada pantai peribadi dan bangunan bersejarah kurun ke-17
5. Dulce, Amerika Syarikat
Sebuah pangkalan yang berhampiran dengan penempatan Orang Asli aneh yang terletak di sempadan Colorado, New Mexico.
Dikatakan pangkalan tersebut mempunyai makmal bawah tanah menjadi eksperimen teknologi rahsia dan dikawal ketat kerajaan Amerika Syarikat.
Sejauh mana kesahihan fakta tersebut tidak dapat dipastikan, namun kawasan itu dilarang keras untuk dikunjungi.
Baca juga Fosil ‘naga laut’ gergasi berusia 180 juta tahun dijumpai di UK. Ini fakta tentangnya
6. Kawasan 51, Amerika Syarikat
Jika anda pernah menonton drama bersiri The X-File, mesti pernah mendengar nama Kawasan 51 yang terletak di Nevada Selatan.
Cukup popular digelar lokasi pangkalan rahsia untuk mengkaji kewujudan makhluk asing, malah dijolok sebagai tempat ujian senjata dan pesawat canggih.
Malah negara itu sendiri menafikan kewujudan kawasan misteri itu, malah tiada siapa pun berani ke sana kerana kawalan ketat.
Baca juga Nelayan dakwa makhluk asing beri bayangan fasal wabak Covid-19 dan Perang Dunia ke-3 ketika diculik 50 tahun lalu
7. Pulau Ular, Brazil
Antara destinasi maut yang dilarang sama sekali untuk dikunjungi.
Pulau yang didiami beribu-ribu habitat ular berbisa menjadikan ia lokasi diharamkan untuk dijejaki.
Dikatakan terdapat 4,000 spesies ular golden lanceheads di sana.
Fuh! Memang tak akan jadi senarai untuk dilawati, dengar namanya pun sudah kecut perut.
Baca juga [VIDEO] Seramnya, lubang mendapan gergasi hantui petani di Turki, rekahan semakin hari semakin besar
8. Pravcicka Brana, Czech Republic
Sebelum ini, keunikan gerbang batu pasir menjadi ikonik pelancongan di Pravcicka Brana.
Namun sejak tahun 1982, jumlah kedatangan pelancong dihadkan demi hari ke hari sehinggalah ditutup secara rasmi.
Ini kerana gerbang batu pasir semula jadi tersebut dikatakan akan runtuh jika masih dilawati orang ramai.
Baca juga 10 kes tertukar bayi di dunia. Nombor 2 paling epik, 60 tahun baru jumpa semula!
9. Bilik Kebal Doomsday, Norway
Namanya sudah cukup menyeramkan, namun kubu yang terletak di kepulauan Arctic Svalbard itu sebenarnya tempat penyimpanan benih untuk mengatasi krisis global.
Ramai yang menyangka kawasan itu sebagai tempat perlindungan ketika berdepan dengan fenomena luar biasa alam termasuk sebagai persediaan menghadapi hari kiamat.
Maka, negara itu mengambil pendekatan untuk menyimpan baka benih terbaik di bilik kebal untuk tempoh jangka masa panjang.
BACA:
Macammana selatan Thai boleh berpisah dengan Tanah Melayu? Rupanya ini punca sebenar
Kemelut rumahtangga Hafidz Roshdi, akhirnya bapa Hafidz terpaksa buka mulut