Ini adalah masjid tertua di asia tenggara, dah 500 tahun terbina rupanya ada kat Malaysia je!.
orang ramai yang telah lama mengimpikan untuk melawat dan beribadah di antara masjid tertua di Asia Tenggara
Masjid Kampung Laut boleh berbuat demikian setelah ia dibuka semula selepas selesai proses perpindahan dari Nilam Puri, Kota Bharu ke lokasi asalnya di Kampung Laut, Tumpat, Kelantan.
Proses pemasangan semula struktur masjid yang dianggarkan berusia 400 tahun itu siap dilakukan selepas dileraikan dan dipindahkan dari Nilam Puri pada September 2020.
Ketika ini, masjid tersebut sedang dalam proses untuk mendapatkan pula Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) daripada badan profesional dan Majlis Daerah Tumpat bagi memastikan ia selamat dibuka kepada orang ramai.
Setelah diiktiraf masjid itu selamat digunakan, pengunjung bukan sahaja dapat menunaikan solat — tetapi juga boleh membeli produk tempatan khususnya serondeng Kampung Lat, sekali gus menambah pendapatan penduduk setempat.
Menurut sejarah, masjid tertua itu dibina di tebing sungai Kampung Laut pada abad ke-18 oleh pendakwah Islam yang datang ke negeri itu dan kerap dilanda banjir termasuk banjir besar pada 1926 dan 1966 sebelum dipindahkan ke Nilam Puri, kira-kira 20 kilometer dari tapak asal.
Keunikan Masjid Kampung Laut terletak pada keseluruhan binaan yang terdiri daripada kayu cengal dan tanpa menggunakan sebarang paku selain kehalusan ukiran yang menjadi tarikan utama kepada pelancong, penyelidik dan pelajar seni bina.
Pemindahan semula ke Kampung Laut adalah sebahagian daripada projek Pembangunan Semula Kampung Laut sebagai ‘Kampung Warisan’ — selain dua kompleks komersial yang berhampiran iaitu Laman Warisan Seni dan Laman Warisan Serunding yang juga telah siap dibangunkan.
“Orang Datang PD Nak Tengok Laut, Bukan Khemah Biru Tu” – Pengunjung ‘Frust’, Port Dickson Makin Lengang & Suram!
Malah, beberapa artifak asal Masjid Kampung Laut yang ditempatkan di masjid lain selepas banjir juga telah dikembalikan ke masjid itu — antaranya bedok dari Masjid Muhammadi, kolah dari Masjid Baru Kampung Laut dan mimbar yang dipercayai tertua di negara ini dari Masjid Lama Pasir Pekan.
Struktur baharu Masjid Kampung Laut itu dijamin selamat sekiranya berlaku banjir pada masa akan datang kerana dibina di tempat yang lebih tinggi — selain Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) turut membina tembok tebatan banjir di tebing sungai berkenaan.
Dalam pada itu, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob menyifatkan kejayaan pemindahan Masjid Kampung Laut umpama sirih pulang ke gagang meskipun terdapat banyak cabaran untuk merealisasikan terutama dalam tempoh pandemik COVID-19.
Bahkan, kerajaan negeri juga akan membantu agensi yang terlibat supaya Masjid Kampung Laut boleh diwartakan sebagai satu Tapak Warisan Dunia di bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO)
“Masjid Kampung Laut merupakan satu masjid bersejarah yang tidak ternilai akan warisannya. Usaha (mewartakan) bukan sahaja mengangkat nilai sejarah tersebut bahkan bakal menarik lebih ramai pelancong antarabangsa dan tempatan” katanya.
BACA:
‘Pengamal perubatan’ terkenal di Kelantan ditangkap merogol bakal pengantin