Ini cara apply loan kereta yang confirm lulus buat ramai nak tahu. 7 checklist mudah lulus pinjaman kereta ini hanyalah sebagai panduan asas.
Segala perubahan terma dan syarat bergantung kepada perubahan dari masa ke semasa. Anda dinasihati untuk menghubungi pihak bank untuk keterangan lebih lanjut.
1) Semak nama anda dulu. Pastikan nama CLEAR tiada Ccris (Bank Negara).
Pastikan dalam 12 bulan TERKINI tiada hutang tertunggak sehingga 2 bulan ke atas.
Contoh
0 0 1 2 1 0 1 1 0 0 1 0 * – walaupun dalam rekod ada sekali atau dua kali tertunggak tapi bank masih boleh luluskan.
0 1 2 1 0 2 2 2 2 2 2 1 * – rekod ini tak cantik 99% Bank akan reject loan kita.
* No dihubungi
Bank Negara Malaysia
Jln Dato On 50480 KL.
Hotline 1-300-88-5465 atau
* Download borang di www.bnm.gov.my
* Blacklist seperti:-
AKPK
Special Intention Acct
Reschedule Payment
Ada rekod buruk sebagai penjamin
* CTOS – Hutang kecil seperti
Credit Motor
Singer
Court Mammoth
Linguaphone
P1 Wimax dan lain-lain.
* PTPTN – PASTIKAN BAYARAN BALIK TIADA TUNGGAKKAN!
Jika ada sila selesaikan di Pejabat PTPTN dan dapatkan surat pengesahan dari PTPTN
**TIPS
Tetapi jika hutang Ctos bawah Rm1000 ada bank yang boleh luluskan loan kita.*
* No untuk dihubungi
Ctos Sdn Bhd. A-8-4, 8th flr, 189,
Megan Avenue 1, Jln Tun Razak 50400 KL.
0327708833
www.ctos.com.my
2) Semak kelayakan Gaji anda.
* Gaji minima untuk pinjaman kereta TERKINI adalah Rm2000 ke atas. (Up dated 13/03/2018).
Jika gaji dibawah RM2000 tapi gaji bersih melebihi RM2500 layak memohon pinjaman kenderaan tetapi bank akan lihat beberapa faktor lain seperti status pekerjaan ( tetap atau kontrak), tempoh lama bekerja, status majikan (lagi besar syarikat dan kukuh keberangkalian lulus loan tinggi) dan lain-lain
(selepas dicampur elaun, OT dan sebagainya), 6 bulan slip gaji dan 6 bulan bank statement diperlukan.
** Keperluan PENJAMIN hanya diminta oleh bank jika kelayakan gaji lepas tetapi komitmen tinggi sedikit.
* Ibubapa
* Suami Isteri
* Adik beradik tapi sekarang banyak bank yang tak mahu terima sebagai penjamin.
3) Semak komitmen anda. Secara kasar jangan melebihi 70% bila dicampur campur termasuk pinjaman kereta Ini.
4) Bagi yang bekerja berniaga WAJIB telah berdaftar dengan SSM minima 2 tahun
* Sediakan penyata Syarikat 6 bulan terkini.
Pendapatan anda secara individu di kira hanya 20% dari jumlah duit yg masuk setiap bulan. Contoh Rm10,000.00 * 20% = Rm2000.
5) Kebanyakan bank letak syarat Lesen Memandu sebagai syarat WAJIB.
Sekurangnya Lesen P tetapi masih ada sesetengah boleh membuat loan tanpa perlu ada Lesen Memandu, contoh Bank Rakyat.
6) Bagi lepasan Diploma/ Ijazah boleh mohon loan sehingga 100% dibawah Skim Graduan dengan syarat :-
* Umur 20 – 30 tahun
* Diploma / Ijazah yg diiktiraf
* Sehari bekerja layak memohon.
* Jawatan Tetap/ Kontrak juga boleh pohon dengan syarat baki kontrak masih lebih 6 bulan.
* Gaji yg dikira layak perlu baki bersih Rm1,750.00 setelah ditolak Bulanan kereta + EPF + Socso.
* Modal berbayar Syarikat tempat bekerja mesti lebih. 500k ke atas.
7) AMARAN!!
Pastikan anda berurusan dengan Penasihat Jualan yang sah (Authorised Sales Advisor) dan bukan melalui broker.
Bagaimana hendak bezakan yang kita jumpa penasihat jualan yang sah?
Jawapannya,
PENASIHAT JUALAN (SALES ADVISOR) yang sah ada NO STAFF ID tertera di tag pekerja, tetapi tidak ada pada broker walaupun memakai uniform yang sama.
PENTING!!
Lagi satu jika nak tau beza antara SA PERODUA atau Broker,
pada hari bekerja Isnin hingga Jumaat,
SA PERODUA yang bertugas di showroom atau roadshow akan pakai uniform yang berwarna kelabu dan memakai tag perkerja kecuali hari Sabtu dan Ahad.
Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk urusan pinjaman sewabeli kereta:-
* INDIVIDU
1 I/c dan Lesen
2 Penyata Gaji 3 bulan
3 Penyata Bank @ EPF
* SYARIKAT
1. I/c dan Lesen
2. SSM 1 set (sekurang-kurang minima 2 tahun sudah berdaftar dengan SSM)
3. 6 bulan penyata bank & Penyata pembayaran cukai
* SKIM GRADUAN
1 Ic Dan Lesen
2 Salinan Diploma/Ijazah
3 Surat Tawaran Kerja
4 Slip Gaji & Penyata Bank jika ada.
Diharap 7 tips mudah lulus pinjaman kereta ini dapat membantu anda dalam membuat urusan pinjaman sewabeli kereta.
BACA:
Bekas Ketua Polis Negara akhirnya dedah bekas Menteri atur Polis Cawangan Khas!
Auto kaya! Petani ini jumpa berlian terbesar di dunia, nilai dia dekat RM200 juta!