Ini cara atasi masalah jika gagal bayar pinjaman bank, tak perlu mengamuk jika kereta ditarik.

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Mereka yang menghadapi situasi ini sering terpaksa menanggung beban hutang yang tinggi,

sama ada melalui institusi kewangan, pinjaman koperasi, atau melalui pinjaman daripada rakan taulan dan keluarga.

Ada juga yang kehilangan harta benda akibat dilelong oleh pemiutang atau kereta mereka ditarik balik.

Jika anda berdepan dengan situasi di mana kereta ditarik kerana gagal membayar ansuran,

Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil berdasarkan perkongsian Pakar Kewangan dan Motivator, Dr Azizul Azli Ahmad:

Mereka yang menghadapi situasi ini sering terpaksa menanggung beban hutang yang tinggi, sama ada melalui institusi kewangan, pinjaman koperasi, atau melalui pinjaman daripada rakan taulan dan keluarga. Ada juga yang kehilangan harta benda akibat dilelong oleh pemiutang atau kereta mereka ditarik balik. Jika anda berdepan dengan situasi di mana kereta ditarik kerana gagal membayar ansuran, berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil berdasarkan perkongsian Pakar Kewangan dan Motivator, Dr Azizul Azli Ahmad: Hubungi pihak bank Langkah pertama adalah menghubungi pihak bank yang menarik kereta anda. Dapatkan maklumat lengkap mengenai jumlah tunggakan, alasan penarikan, dan prosedur untuk mendapatkan semula kereta. Semak baki tertunggak Dapatkan penyata terkini bagi mengetahui jumlah tunggakan ansuran, faedah, dan yuran tambahan seperti kos penarikan dan penyimpanan kereta. Berbincang dengan pihak bank Cuba berbincang dengan pihak bank untuk merundingkan pelan pembayaran yang lebih sesuai. Dalam sesetengah kes, bank mungkin bersedia menawarkan pelan ansuran atau melanjutkan tempoh pembayaran. Jika keadaan kewangan anda tidak membenarkan pembayaran tunggakan sekaligus, tanyakan pihak bank tentang kemungkinan menstruktur semula pinjaman, seperti melanjutkan tempoh atau mengurangkan bayaran bulanan. Buat bayaran tertunggak Jika anda ingin mendapatkan semula kereta, anda perlu melangsaikan tunggakan ansuran, termasuk kos penarikan dan penyimpanan. Hanya selepas pembayaran ini, barulah anda boleh menuntut kereta tersebut. Jual balik kereta Jika anda tidak mampu menanggung ansuran, pertimbangkan untuk berbincang dengan pihak bank tentang kemungkinan menjual kereta untuk melunaskan baki hutang. Dalam kes ini, pihak bank mungkin akan membantu menjual kereta, dan hasil jualan digunakan untuk membayar hutang. Dapatkan nasihat kewangan Jika anda tidak pasti bagaimana untuk menguruskan situasi ini, dapatkan nasihat daripada penasihat kewangan atau kaunselor kredit yang dapat membantu anda membuat keputusan kewangan yang lebih bijak. Ingat, jangan merosakkan kereta anda kerana hutang kenderaan masih atas nama anda. Merosakkan kenderaan hanya akan mengurangkan nilai semasa dan menyebabkan hutang anda semakin besar.

Hubungi pihak bank

Langkah pertama adalah menghubungi pihak bank yang menarik kereta anda. Dapatkan maklumat lengkap mengenai jumlah tunggakan, alasan penarikan, dan prosedur untuk mendapatkan semula kereta.

Semak baki tertunggak
Dapatkan penyata terkini bagi mengetahui jumlah tunggakan ansuran, faedah, dan yuran tambahan seperti kos penarikan dan penyimpanan kereta.

Berbincang dengan pihak bank

Cuba berbincang dengan pihak bank untuk merundingkan pelan pembayaran yang lebih sesuai. Dalam sesetengah kes, bank mungkin bersedia menawarkan pelan ansuran atau melanjutkan tempoh pembayaran.

Jika keadaan kewangan anda tidak membenarkan pembayaran tunggakan sekaligus, tanyakan pihak bank tentang kemungkinan menstruktur semula pinjaman, seperti melanjutkan tempoh atau mengurangkan bayaran bulanan.

Buat bayaran tertunggak

Jika anda ingin mendapatkan semula kereta, anda perlu melangsaikan tunggakan ansuran, termasuk kos penarikan dan penyimpanan. Hanya selepas pembayaran ini, barulah anda boleh menuntut kereta tersebut.

Jual balik kereta

Jika anda tidak mampu menanggung ansuran, pertimbangkan untuk berbincang dengan pihak bank tentang kemungkinan menjual kereta untuk melunaskan baki hutang. Dalam kes ini, pihak bank mungkin akan membantu menjual kereta, dan hasil jualan digunakan untuk membayar hutang.

Dapatkan nasihat kewangan

Jika anda tidak pasti bagaimana untuk menguruskan situasi ini, dapatkan nasihat daripada penasihat kewangan atau kaunselor kredit yang dapat membantu anda membuat keputusan kewangan yang lebih bijak.

Ingat, jangan merosakkan kereta anda kerana hutang kenderaan masih atas nama anda.

Merosakkan kenderaan hanya akan mengurangkan nilai semasa dan menyebabkan hutang anda semakin besar.

BACA: Shuib mengadu kurang kasih sayang Watie, rupanya ini orang ketiga yang ganggu!