Umum diketahui, syarat untuk mendapatkan pengecualian pembayaran balik Pinjaman Pendidikan Tinggi Nasional
(PTPTN) adalah dengan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama. Keadaan ini secara automatik memenuhi syarat untuk tidak perlu membuat pembayaran balik pinjaman tersebut.
Selain daripada individu yang memegang Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama, mereka juga berpeluang untuk membuat pembayaran balik
apabila memasuki alam pekerjaan melalui Akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Bagi mereka yang tidak mengetahui, membuat pembayaran melalui KWSP juga memberikan peluang untuk mendapatkan diskaun yang ditawarkan.
Ikuti perkongsian yang dibuat oleh PTPTN di bawah ini.
PTPTN dan KWSP
Anda yang ada tunggakan pinjaman PTPTN, ada info penting ini nak nak maklumkan.
Tahu tak, sekarang peminjam boleh guna Akaun 2 KWSP untuk bayar balik hutang PTPTN.
Siap ada ada diskaun bayaran balik lagi tu!
Pertama sekali, kena semak dulu baki pinjaman hutang PTPTN di myPTPTN: https://taplink.cc/myptptn
Kemudian, masukkan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan untuk log masuk.
Klik “Semakan Penyata”.
Klik penyata tahunan yang terkini.
Selepas itu, individu buat keputusan sendiri nak bayar tunggakan banyak mana.
Sekiranya buat penyelesaian penuh pinjaman, dapat diskaun 10 peratus dan alau bayar 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran, dapat juga 10 peratus.
Anda boleh buat bayaran melalui KWSP melalui pengeluaran akaun 2 peminjam, ibu bapa peminjam (ahli akaun) atau pasangan.
Mari ikuti langkah-langkah bayar tunggakan PTPTN melalui Akaun 2 KWSP di bawah ini.
Bayar PTPTN melalui Akaun 2 KWSP
Langkah pertama: Log Masuk Ke i-Akaun KWSP https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
Langkah kedua: Permohonan Pengeluaran
Pilih “PENGELUARAN” pada menu utama.
Klik “Permohonan Baharu”.
Pilih jenis pengeluaran “Pendidikan” dan lengkapkan maklumat pengajian anda.
Klik “Seterusnya”.
Langkah ketiga: Lengkapkan Maklumat Ahli dan Amaun Kelayakan
Lengkapkan maklumat peribadi, maklumat perhubungan, maklumat pengeluaran dan butiran pembayaran balik.
Klik “Seterusnya”.
Langkah keempat: Semakan Ringkasan Permohonan Pengeluaran
Semak maklumat permohonan dan klik “Permohonan TAC”.
Masukkan nombor TAC di SMS dan klik “Hantar”.
Jika maklumat anda adalah lengkap, klik “Setuju” untuk membuat perakuan diri.
Langkah lima: Pengesahan Permohonan Pengeluaran
Permohonan berjaya dihantar Status permohonan akan dihantar melalui SMS atau melalui mesej sekuriti inbox di i-Akaun KWSP.
Langkah enam: Hadir ke Pejabat Cawangan KWSP
Proses pengesanan Cap Ibu Jari (CIJ) bersama dokumen yang telah ditetapkan oleh pihak KWSP.
Setelah PTPTN telah memproses maklumat ini, transaksi akan mengambil masa dalam tempoh tujuh hingga 14 hari bekerja.
NOTA PENTING: Anda boleh mohon lagi untuk permohonan akan datang. Banyak kali pun boleh selagi mana Akaun 2 KWSP anda ada duit. Tapi kena mohon setiap kali nak buat pengeluaran daripada Akaun 2 KWSP anda. Ikut sahaja langkah yang sama untuk permohonan seterusnya
BACA: 50 tahun hidup tak pernah makan, ini caranya warga emas kekal kenyang dengan minuman ni