Ini cara betul garu telinga gatal yang ramai tak tahu

Oleh ZULAIKHA ABBAS

Ini cara betul garu telinga gatal yang ramai tak tahu

Jangan Guna ‘Cotton Bud’ Lagi, Ini Cara Betul Untuk Garu Telinga Gatal

Rasa gatal pada telinga sudah semestinya sangat menjengkelkan.

Ini cara betul garu telinga gatal yang ramai tak tahu

Lagi-lagi, apabila kita berada di bawah cuaca panas dan sedang berpeluh, rasa gatal tersebut semakin menjadi-jadi pula.

Jika kita menggaru bahagian tersebut secara berlebihan, berkemungkinan bahagian telinga boleh tercedera tanpa kita sedari.

Luka-luka kecil pada bahagian tersebut bakal memberikan rasa pedih sekali gus menambahkan rasa ketidakselesaan pada telinga.

Malah, pengalaman mandi yang sepatutnya menjadi saat yang paling menyamankan menjadi mimpi ngeri apabila rasa pedih ketika air mandian melalui kawasan telinga.

Tetapi apa pun, sudah menjadi kebiasaan untuk kita mengorek telinga apabila berasa gatal, bukan? Salah satunya didorong oleh kepercayaan bahawa kegatalan berkenaan datang daripada tahi telinga yang ada di dalam saluran pendengaran.

@pakarentshahalam #nhentspecialist #pakarentshahalam #drnikhisyam #drpakarent #telingaberlubang #telingabernanah #resdung #sinus #telingaberair #prevention #infotok #doctorsoftiktok ♬ Cupid (Twin Ver.) – FIFTY FIFTY

Mungkin disebabkan namanya bermula dengan perkataan ‘tahi’, ramai yang menganggap tahi telinga adalah sesuatu benda yang kotor.

Pada hakikatnya, tahi telinga memiliki fungsinya yang tersendiri dalam melindungi organ pendengaran manusia.

Menurut Hello Doktor, tahi telinga mengekalkan tahap kesihatan telinga selain melindungi dinding lubang telinga anda.

Maka, bahagian ini tidak perlu dibuang sebaliknya, tindakan memasukkan sesuatu ke dalam saluran telinga merupakan satu perkara yang memudaratkan organ tersebut.

“Takde cara lain ke nak legakan rasa gatal dekat telinga ni?”

Bagi menjawab soalan ini, seorang pengguna TikTok telah menjawab persoalan mengenai cara untuk menghilangkan rasa gatal pada telinga dengan betul.

Bahaya perbuatan mengorek telinga

Dr. Nik Hisyam (pakarentshahalam) merupakan seorang pakar perunding bagi Telinga, Hidung dan Tekak (ENT). Beliau juga berpengalaman dalam memberikan konsultasi dan rawatan bagi penghidap resdung dan sinus.

Dalam video berdurasi satu minit sembilan saat, beliau menjelaskan kepada orang ramai berkenaan tips untuk menggaru telinga dengan betul.

Jika telinga kita merasa gatal, jangan sesekali menggorek bahagian tersebut. Jangan sesekali memasukkan objek sama ada putik kapas (cotton buds) mahupun apa-apa jenis pengorek telinga, tanpa mengira jenis besi, kayu dan sebagainya ke dalam saluran telinga,

Kata Dr. Nik Hisyam, perkara ini tidak melegakan telinga anda, sebaliknya memberikan kemudaratan kepada sesiapa yang melakukannya.

Kenyataan Dr. Nik Hisyam turut disokong dalam satu penulisan Hello Doktor. Tindakan tersebut tidak membersihkan telinga anda, malah ia akan menolak tahi telinga anda lebih jauh ke dalam lubang telinga.

“Semakin kerap anda menggunakan putik kapas, maka semakin banyak tahi telinga yang terkumpul dalam lubang telinga.”

Tindakan ini berpotensi untuk mencederakan gegendang telinga dan boleh menyebabkan kehilangan pendengaran.

Selain itu, telinga juga boleh mendapat jangkitan jika mengalami luka akibat tusukan putik kapas.

Pakar jelas cara betul untuk garu telinga yang gatal

Pertama sekali, kita perlu mengenalpasti bahagian ‘tragus’ pada luar telinga. Cara untuk mengesan tragus ini tidaklah sukar, anda hanya perlu untuk mencari bahagian timbul pada bahagian depan telinga anda.

Selepas menemui ‘tragus’, tekan bahagian tersebut sebanyak beberapa kali untuk menghilangkan rasa gatal.

Dengan langkah-langkah di atas, berkemungkinan rasa telinga pada telingan anda akan hilang.

Namun, jika rasa gatal telinga anda masih tidak hilang, anda dinasihatkan merujuk pakar perubatan.

BACA: “Selama aku kahwin dengan suami, satu pakaian dalam pun dia tak pernah beli, bukan ke itu dah termasuk dalam nafkah suami?”