Selepas menghantar e-mel permohonan kerja, pasti anda tertunggu-tunggu respon daripada mereka, betul tak?
Untuk pengetahuan anda, cara untuk menyemak sama ada e-mel telah dibaca atau belum
Boleh dilakukan menggunakan aplikasi seperti yang dikongsikan di bawah.
Hati akan lebih tenang apabila kita tahu penerima sudah membaca e-mel tersebut. Jom kita cuba!
Cari ‘mailtrack.io’ di Google, atau klik pautan ini – mailtrack.io/en/
Klik ‘Install for Free’ seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah.
Kemudian, klik ‘Add to Chrome’ dan seterusnya klik ‘Add extension’.
Setelah berjaya dipasang, anda boleh menghubungkan dengan e-mel anda.
Mudah, kan? Jadi, selepas ini, anda boleh dengan senang hati melihat sama ada orang itu sudah membaca e-mel kita atau belum.
BACA: Netizen dakwa video muzik terbaharu Siti Nurhaliza dalam gereja undang perdebatan