Ini cara mudah semak baki Touch’n Go pada MyKad yang ramai tak tahu senang je rupanya

Oleh ZULAIKHA ABBAS

Ini cara mudah semak baki Touch’n Go pada MyKad yang ramai tak tahu senang je rupanya.

Ini cara semak baki kredit Touch ‘n Go (TNG) pada Mykad anda dengan mudah.

Selain kad Touch ‘n Go (TNG) sendiri, MyKad juga boleh digunakan sebagai alternatif

Ini cara mudah semak baki Touch’n Go pada MyKad yang ramai tak tahu senang je rupanya

Ini cara mudah semak baki Touch’n Go pada MyKad yang ramai tak tahu senang je rupanya

kepada kad TNG untuk membuat pembayaran tol, tambang kenderaan awam, atau membayar tempat letak kenderaan.

Namun, masih ada lagi pengguna yang belum tahu untuk menyemak baki kredit yang tinggal dalam MyKad.

Untuk pengetahuan anda, baki MyKad juga boleh disemak melalui aplikasi Touch ‘n Go eWallet.

Di sini saya kongsikan bagaimana cara untuk semak baki kredit TNG pada MyKad.

Cara semak baki Touch ‘n Go pada MyKad

Langkah 1: Buka aplikasi TNG eWallet. Pada halaman utama, pilih ‘Toll’.

Langkah 2: Pilih ‘TNG Card’.

Langkah 3: Klik ‘ADD A NEW CARD’ di bahagian bawah skrin.

Langkah 4: Masukkan MFG No yang boleh didapati pada resit tambah nilai Touch ‘n Go dalam MyKad.

Langkah 5: Namakan kad anda. Kemudian, masukkan kod pengesahan yang dihantar ke telefon anda.

Selesai. Anda kini boleh semak baki kredit dalam MyKad menerusi aplikasi TNG eWallet.

BACA: ‘Tok sah perasan macam pemegang kunci syurgalah!’, Suhaimi Saad sekolahkan penyokong Pas