Ini cara nak buat telur rebus tanpa air ramai yang baru nak tahu kan

Oleh ISMAIL YAHYA

Banyak rupanya makanan yang boleh dimasak menggunakan Air Fryer ni, bayangkan senang sahaja nak masak terlur rebus atau telur separuh masak.

Ramai sahaja mak-mak ni yang rebus telur atas dapur gas kemudian terlupa, tahu-tahu dah kering air, hitam kulit telur.

Seorang pengguna Facebook, Shahida Ida berkongsi mengenai cara memasak telur rebus menggunakan Air Fryer.

Cara masak telur guna Air FryerSuhu 160 masa 5 minit (tanpa air).

Bergantung kepada hasil telur jika mahu ia lembut dan kurang pejal maka boleh kurangkan masa mengikut kesesuaian.

Malah waktu tersebut juga perlu diselarikan dengan kuantiti telur, semakin sikit semakin kurang waktunya.

Tak perlu masukkan air semasa menggunakan air fryer.

Caranya:

Cuci telur elok elok

Terus Masukkan ke dalam ‘ basket’ Air Fryer (seperti dalam gambar)

Masukkan suhu 180 masa 10 minit

Tekan ‘ start’

Tak perlu guna air

Petua untuk senang kupas kulit telur

Masukkan telur yang masih panas tu ke dalam mangkuk yang berisi air

Pastikan telur tenggelam

Kemudian kupaslah kulit telur tu di dalam air satu persatu..

Hasilnya sangat cantik dan tiada telur yang akan terkoyak isinya.

Selamat mencuba!

Baca juga: Abang Bomba ajar cara selamatkan diri dari ular, ikut je cara ini pasti ular lepaskan belitan