Ini cara ‘season’ kuali baru, beli jangan terus guna je ini sebabnya

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Bila anda membeli kuali yang baru untuk gantikan kuali yang lama, apa yang biasanya anda lakukan dulu?

Adakah anda terus gunakan kuali itu, ataupun anda bersihkan kuali itu dulu?

Kebiasaannya anda mungkin akan bersihkan kuali baru itu dulu sebelum gunakannya

Ini cara ‘season’ kuali baru, beli jangan terus guna je ini sebabnya

untuk memastikan tiada sebarang habuk atau benda-benda lain yang mungkin melekat di permukaan kuali.

Tetapi, adakah anda juga melakukan seasoning untuk kuali anda? Ini bukan seasoning masakan ya, tetapi seasoning ini berguna untuk membuat lapisan coating supaya alatan memasak anda tidak cepat berkarat.

Ia juga berfungsi sebagai non-stick coating. Maksudnya, walaupun anda membeli kuali yang biasa yang bukan non-stick anda mungkin boleh mempunyai kuali non-stick anda sendiri sekiranya anda ikuti cara season kuali baru ini.

Cara Season Kuali Baru

Mula-mula, anda basuh dulu kuali yang dibeli itu. Pastikan anda membasuh permukaan dan juga bahagian bawah kuali dengan sabun pencuci pinggan. Kemudian, anda bilaskan kuali itu.

Langkah seterusnya, anda panaskan kuali itu di atas dapur gas dan tunggu ia panas sehingga menjadi warna coklat atau biru. Anda boleh memusingkan sedikit kuali itu supaya seluruh permukaan kuali akan dibakar secara sama rata.

Selepas itu, anda tuangkan sedikit minyak dan ratakan di setiap permukaan kuali. Kemudian, anda bilaskan kuali itu dengan air saja.

Seterusnya, anda panaskan semula kuali itu bersama minyak. Tetapi kali ini, anda akan gunakan tisu untuk meratakan minyak ke seluruh bahagian permukaan kuali.

Langkah yang dinyatakan boleh diulang beberapa kali sehinggalah anda betul-betul yakin bahawa coating itu berkesan.

Untuk menguji keberkesanan seasoning tersebut, anda boleh cuba menggoreng sebutir telur menggunakan kuali itu untuk melihat sama ada ia akan melekat ataupun tidak.

Sekiranya ia melekat, maksudnya coating anda tidak cukup. Jika tidak, maksudnya coating anda mencukupi.

Dengan cara ini, makanan-makanan yang dimasak menggunakan kuali non-stick tidak akan melekat lagi! Tidak perlulah anda menyental kuali kuat-kuat untuk hilangkan kesan-kesan yang ada lepas ni!

BACA: “Abang aku jatuh miskin terus kak ipar curang dengan lelaki lain sampai anak-anak pun dia tak peduli, bila cerai lain yang jadi