Baru-baru ini, Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah mencadangkan agar penggunaan vape diharamkan secara menyeluruh.
Baginda berpendapat bahawa peningkatan penggunaan dadah di Pahang, yang dikaitkan dengan ketagihan
Bermula daripada penggunaan vape, adalah satu isu yang perlu diberi perhatian serius.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, dalam kenyataannya, menjelaskan bahawa pihak kementerian masih terus berusaha untuk
Mengawal selia penggunaan vape dan tidak dapat mengharamkan penjualan rokok elektronik tersebut di peringkat nasional.
Menurut beliau, setiap negeri mungkin perlu membuat keputusan mereka sendiri mengenai isu ini.
“Sebagaimana yang saya sebutkan sebelum ini, kita tidak dapat mengharamkan vape secara keseluruhan, oleh itu kita mengambil pendekatan untuk mengawal selia. Saya tetap berpendirian bahawa langkah pertama adalah untuk mengharamkan, namun jika kita tidak dapat melaksanakannya, maka kita akan teruskan dengan pendekatan kawalan selia,” jelas Dr Dzulkefly.
Tambahnya, kerajaan kini mempunyai undang-undang khusus yang mengawal selia penjualan dan penggunaan vape, iaitu Akta 852, yang merangkumi keseluruhan rantaian bekalan, termasuk pendaftaran, penjualan, dan pengedaran produk tersebut.
“Sebagai kerajaan perpaduan, kita masih berpegang dengan pendirian untuk mengawal selia rokok elektronik dan vape, bukannya mengharamkannya,” tegas beliau.
Walaupun cadangan untuk mengharamkan vape di peringkat negeri mendapat perhatian, kementerian kesihatan berpendapat bahawa kawalan yang lebih teratur dan perundangan yang lengkap diperlukan untuk menangani isu ini dengan lebih efektif.
BACA: Ini sisi gelap tentang PETRONAS Malaysian Cub Prix – Ramai yang tak tahu kisah disebaliknya