Ini keadaan terkini kereta yang didakwa mempunyai tunggakkan bank

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Pada awal minggu ini, tular sebuah video yang memaparkan seorang wanita merosakkan kereta Honda City yang didakwa mempunyai tunggakan bank.

Ramai yang mengecam tindakan wanita tersebut, tetapi di sebalik tindakannya terdapat cerita sebenar yang berlaku

wanita itu hanyalah mangsa kepada sistem ‘sambung bayar’.

Difahamkan, dia bertindak demikian setelah mendapati pemilik asal kereta Honda tersebut tidak membayar pinjaman kepada bank selama 8 bulan,

walaupun wanita itu sendiri tidak pernah terlepas membayar bulanan kepada pemilik asal.

Ini keadaan terkini kereta yang didakwa mempunyai tunggakkan bank

Melalui hantaran di TikTok @perabotcafemurah, kereta Honda City itu dilihat mengalami kerosakan teruk; bampar depan dan belakang tercabut, kesemua cermin retak dan pecah, manakala bahagian dalam kereta penuh dengan serpihan kaca.

Bahagian badan kereta juga menunjukkan kesan kemek, dan kedua-dua cermin sisi terkulai akibat dipatahkan.

@perabotcafemurah Kesian Honda ni 🥲🥲🥲 #honda #hondacity #hondamalaysia #hondaviral #viral ♬ Cinta Tak Dibalas Cinta – Indah Aqila

Sementara itu, portal PanduLaju menegaskan bahawa kereta ‘sambung bayar’ mempunyai pelbagai risiko yang tidak boleh dielakkan.

“Ada yang berkata, surat perjanjian sudah dibuat, jadi apa yang perlu ditakutkan? Namun, tahukah anda bahawa sebarang perjanjian jual beli tanpa pengetahuan bank adalah tidak sah di mahkamah?

“Oleh itu, pemilik asal kekal bertanggungjawab ke atas ansuran bank dan saman trafik yang berkaitan dengan kereta tersebut,” katanya.

BACA: Rupanya tanah RM1 billion di KL pernah dihadiahkan kepada British sebelum dipulangkan semula