Ini keadaan terkini Nad Zainal selepas keadaan kritikal semalam

Oleh GEMILANGDAILY

Ini keadaan terkini Nad Zainal selepas keadaan kritikal semalam. Keadaan pelakon, Nad Zainal, 32, yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah pusat perubatan di Ampang semakin menunjukkan perkembangan positif.

Rakan rapatnya yang juga pelakon, Ungku Ismail Aziz, 36, berkata, Nad kini berada dalam pemulihan yang intensif.

“Mewakili keluarga, rakan-rakan dan semua yang menyayangi Nad, terima kasih atas doa-doa anda semua. Saya mohon agar kita terus mendoakan dia agar kembali sembuh dengan keadaan paru-paru terbaik seperti biasa. Allahu Yashfiihaa, Allahu Yashfiihaa, Allahu Yashfiihaa,” tulisnya di Instagram Story, hari ini.

Sementara itu pengarah terkenal, Shahrulezad Mohameddin turut memaklumkan keadaan Nad semakin bertambah baik berbanding sebelumnya.

“Keadaan Nad semakin baik berbanding semalam. Tapi dia masih lagi ‘intubated’. Pihak doktor tak mahu tergesa gesa ‘sedarkan’ dia sebab nak kena pastikan keadaan paru-parunya betul-betul kuat dulu.

Ini keadaan terkini Nad Zainal selepas keadaan kritikal semalam

“Pada masa sama doktor masih memantau keadaan dia. Alhamdullilah Nad semakin stabil. Cuma tak boleh diganggu atau menerima pelawat kerana keadaan dia yang masih dalam pantauan. Takut dibimbangi dijangkiti kuman lain pula.

“Apapun pihak keluarga mohon agar doa buat Nad berterusan dan semoga Nad diberikan kekuatan dalaman untuk dirinya sendiri. InsyaAllah. Aminnn Ya Rabbal Alamin,” katanya menerusi WhatsApp kepada Harian Metro.

BACA:

Wan Saiful sekolahkan Takiyuddin, mungkin dia terlepas memo PN jadi pembangkang

Ramai tak tahu 5 fungsi lemon yang boleh bersihkan rumah

Yusry dakwa tak pernah halang Lisa, “dia tahu tanggungjawab dia”