Ini kisah ‘langkah Sheraton’ versi Pakistan yang ramai tak tahu

Oleh GEMILANGDAILY

Ini kisah ‘langkah Sheraton’ versi Pakistan yang ramai tak tahu. Tengah trending kat Twitter pasal ni.

Dah ada yang message saya request ulasan pasal Imran Khan. Dia dah kena tangkap. Dan sekarang Pakistan tengah kecoh.

Dah kenapa? Apa dah jadi? Jom bedah!

Ini kisah 'langkah Sheraton' versi Pakistan yang ramai tak tahu

Baik. Imran Khan. Pertama sekali, kita kena faham. Dia ni bagaikan Lionel Messi pada Argentina. Tapi untuk sukan cricket.

Tahun 1992, dia main sampai menang Cricket World Cup. Tu jer satu-satunya kemenangan world cup Pakistan.

Lepas karier cricket, dia jadi humanitarian.

Punya banyak hospital kanser dia asaskan kat Lahore dan Peshawar. Kemudian baru dia masuk politik. Dia start dari bawah. Jadi backbencher mostly.

Dan dari awal tu lah, mamat (gambar) ni dah letak tangan kat tampuk tertinggi kepimpinan Pakistan. Siapa dia ni?

Nawaz Sharif.

Nawaz ni dah tiga kali jadi PM. Ketiga-tiganya sepenggal. Ketiga-tiganya berakhir dia digulingkan.

1. 1990-1993
2. 1997-1999
3. 2013-2017

Pada tahun 2018, Mahkamah Agung Pakistan haramkan Nawaz dari bertanding… dan jatuhi hukuman 10 tahun penjara.

Tapi dia ada kat London.

Apa point saya cakap pasal Nawaz?

Sebab PM sekarang adalah adik dia: Shehbaz Sharif.

Point pertama: politik Pakistan sangat kucar-kacir dengan sistem beradik.

Kalau kita dah rasa bosan dengan politik Malaysia, bayangkan lahir kat sana.

Kembali ke Imran Khan.

Pada 17 Ogos 2018, Imran dah cukup jumlah nak bentuk majoriti dan jadi PM Pakistan. Dah jadi PM, baru dia faham betapa siksanya pemegang jawatan ni.

First, kena jaga orang keliling. Tak boleh lantik sesuka hati. Kena jaga kepentingan. Nak tahu orang dia lantik, kena cerita pasal Pervez Musharraf ni. Makin ramai pula orang. Tak perlu bimbang. Sepintas lalu:

Musharraf ni ketua tentera. Pada 2001, dia jadi Presiden Pakistan. Eh. Pakistan ada Presiden DAN PM? Ya.

Jawatan presiden ni setaraf dengan YDP Agong kita.

Ketua negara.

Sebagai jeneral, dia jatuhkan Nawaz Sharif (1991). Tahun 2001, dia jadi presiden. Bawah dia, ekonomi membangun tapi tak sekata.

Miskin-kaya berjurang. Dan tahun 2008, dia letak jawatan dan lari keluar negara. Tapi dia masih ada pengaruh. Ramai menteri dia masuk dalam kabinet Imran Khan.

Point kedua: kat Pakistan, pemimpin yang jatuh tak semestinya jatuh. Pemimpin yang berdiri tak semestinya berdiri. Art of deception.

Selain jaga keliling, dia kena jaga mulut dan perangai. Takut Saudi dan Iran marah.

Kena pula Saudi dan Iran tengah bersengketa masa tu. Pening kepala dia. Trump berkeras nak patahkan Iran. Dah tu, Imran Khan ni pula nak investment China.

Tapi orang Pakistan tak suka apa yang China buat kat Xinjiang. So, Imran tersepit. Luah tak boleh; pendam pun tak boleh.

Tak boleh biar lama. Ekonomi ada barah. Ada krisis hutang. Ada balance of payment yang kena settle. Maka nak taknak, kena merayu kat IMF. Tapi korang fahamlah perangai IMF.

Mereka kalau bagi hutang, ada syarat-syaratnya. Alah, kita bagi orang pinjam pun ada syaratnya.

IMF suruh Pakistan lemahkan nilai matawang. Kemudian cuba baiki kutipan cukai. Imran buat dan potong beberapa subsidi penting… dan ya, Pakistan dapat buat payment seperti diperlukan. Siap bayaran paling tinggi dalam sejarah sampai forex terus seimbang. Imran did well…

Tapi hutang masih tinggi walau mula bayar. IMF minta Imran betulkan kedudukan Pakistan dari segi “ease-of-doing-business” (EODB) pula.

Hapuskan mana-mana birokrasi. Bagi mudah pelabur nak niaga. Dan Imran buat. Pakistan melonjak 28+ anak tangga dalam EODB. Imran did well…

Banyak benda dia buat sekali tengok terlungkup. Sebab COVID-19.

Semua nampak okay. Tapi tahun 2022, Imran cakap ada konspirasi asing (baca: US) nak jatuhkan dia. Sebab ada satu telegram yang menggegarkan politik Pakistan.

Katanya pada 7 Mac, ada pertemuan antara pejabat duta dan pihak US. Dan mereka bincang nak jatuhkan Imran Khan. Siasatan tak jumpa sebarang bukti.

Tapi Imran pergi umum publicly pasal benda ni. Dan Menteri Undang-Undang pada 3 April terus lancarkan undi tak percaya. Sebab Imran langgar akta rahsia.

Dah nak buat no-confidence gini, Imran terus minta presiden bubarkan parlimen. Tapi usaha bubar ni jadi kontroversi, sebab tak sah. Dah nak ada usul undi tak percaya, tak boleh bubar lagi.

Kemelut drag sampai 10 April. Undi tak percaya lulus. Imran jatuh.

Point ketiga: politik Pakistan tak iktiraf “doing well”. Mereka faham bahasa dam dan catur jer.

Imran berkata US punca Pakistan buang dia. Sebab dia taknak kecam Rusia langgar Ukraine. Dan dia mesra dengan China. Dan ya, rakyat mengamuk lepas undi tak percaya ni lulus.

Tapi tak boleh ubah apa-apa.

Sebab usul susulan pilih Shehbaz Sharif jadi PM Pakistan. Macam saya cakap, PM yang berdiri tak semestinya berdiri.

Sejak diturunkan, Imran tak habis-habis berdepan dengan tuduhan mahkamah. Ada saja dipetik. Dan dia pula kelihatan ‘tak berapa pandai’ main politik Pakistan.

Macam ahli politik lain… mesti keluar negara. Tapi Imran kekal tak ke mana, walaupun tahu nasib yang menanti. Siap duduk selamba.

Benda ni buat ramai rakyat sokong dia. Sokongan ni tak menghalang proses undang-undang. Kelmarin, media sosial bergegar sebab dia dah kena tangkap.

Tuduhan? Katanya pemindahan hak tanah Universiti al-Qadir tu haram. Sebab Imran dituduh tolong taikun hartanah. Dan terima ‘derma’.

Kira corruption case lah ni semata-mata nak benam Imran buat selamanya.

Sini korang dah faham dengan jelas apa yang dah jadi.

Kalau belek media sosial, rakyat percaya semua ni kerja Nawaz Sharif. Sebab apa? Nak tahu?
Okay. Imran ni daripada parti Tehreek-e-Insaf. Panjangnya. PTI sudahlah.

Shehbaz pula parti Liga Muslim (PML). Siapa presiden? Shehbaz. Betul.

Tapi siapa Leader? Yup. Nawaz Sharif.

Game of thrones kan? The game gets deeper. Tengok ni.

Nawaz ada kat London. Shehbaz terbang pergi jumpa nak bincang pasal hal negara dan politik.

Further clue? Shehbaz baru naik setahun. Dalam masa setahun ni, tiga kali dia pi London. Last visit November 2022…

Dia balik jer terus dia lantik ketua tentera.

Jadi ni memang bloody game politik yang sangat dahsyat.

Saya ulang balik: “PM yang berdiri tak semestinya berdiri. PM yang jatuh tu tak semestinya jatuh.”

Chances are, kita akan tengok Imran naik balik.

Buat masa ni, Pakistan dah teruk. Rakyat tengah mengamuk. Katanya rumah gabenor pun dah kena gempur.

Kereta polis kena bakar. Macam-macam dah jadi. Penyokong Imran tengah buat serupa, “jangan bagi Imran kita jadi macam Morsi.” Sebab Imran ni pun ditahan tentera.

BACA:

Berang jadi bahan ketawa, pesakit mahu saman doktor gara-gara balutan tak kemas

Ujian untuk lesen PSV dan GDL dimansuh – Anthony Loke