Ini nasihat pada pencinta kucing jalanan ‘Mungkin itu asbab bantu ke syurga kelak’

Oleh ZULQARNAIN ISMAIL

Kucing lazimnya menjadi haiwan peliharaan yang terlalu istimewa di hati sebahagian orang sehingga mungkin membela si bulus itu asbab untuk membantu ke syurga kelak.

Namun, ada juga yang tidak bertanggungjawab bukan sahaja gagal menguruskan si bulus, malah membuangnya.

Jangan apabila cantik disayang tetapi ketika kucing sakit, dibuang sehingga menderita menanggung penyakit dan kelaparan.

Ini nasihat pada pencinta kucing jalanan ‘Mungkin itu asbab bantu ke syurga kelak’

Nasib kucing jalanan pula bertambah malang apabila kerap dihalau dan dizalimi manusia yang tidak suka dihampiri si bulus.

Ikuti perkongsian Diari Pencinta Kucing ini supaya anda dapat berfikir terlebih dahulu sebelum membuang kucing peliharaan di tepi jalan:

Saya jumpa seekor kucing jalanan mati dilanggar kenderaan.

Jangka hayat kucing-kucing yang dibuang itu biasanya pendek atau hidup tak lama disebabkan terdedah pada risiko-risiko seperti berikut:

1. Mati kelaparan dan kehausan.

2. Mati akibat dizalimi oleh manusia (dipukul, diracun, disiram air / minyak panas dan lain-lain).

3. Mati akibat dilanggar kenderaan.

4. Mati akibat dijangkiti penyakit dan tidak dirawat.

5. Mati akibat bergaduh dengan kucing lain.

6. Mati akibat bengkak susu bagi kucing betina yang kematian anak.

Banyak lagi risiko-risiko lain dan kesengsaraan yang boleh mengancam keselamatan dan nyawa kucing-kucing yang dibuang itu.

Jadilah, pemilik kucing yang bertanggungjawab.

Setiap manusia itu lebih utama untuk berusaha dalam memastikan dirinya ditempatkan oleh Allah SWT ke dalam syurga melalui amalan soleh di dunia.

Seperti yang diketahui, menjaga kebajikan haiwan-haiwan peliharaan adalah termasuk dalam amalan soleh yang boleh membawa seseorang menuju ke syurga.

Marilah bersama-sama memupuk nilai ihsan kepada haiwan kerana boleh jadi itulah asbab kita yang membantu ke syurga kelak. Wallahua’lam.

Lebih banyak perkongsian mengenai dunia kucing dalam laman blog “diari papa pencinta kucing jalanan dan haiwan” https://rezekikucing.blogspot.com

Baca:Tak perlu susah masak lauk, beras jenis ini tak perlu lauk ‘confirm’ kenyang!