INI PRODUK MUSLIM ?

Produk ini keluaran Muslim, wajib beli. Produk itu non Muslim, wajib boikot. Betulkah sifir mudah ini?

Sebenarnya tidak ada produk Muslim hundred persen. Tak payah sembanglah…! Kalau nak sembang juga boleh, tapi tak ada orang percaya.

Aku ambil contoh kopi pracampuran keluaran syarikat Muslim. Aku boleh sebut nama syarikat kalau nak sebut. Tapi aku tak mahu sebutlah.

Bekalan kopi atau perisa kopi, ambil dimana? Sachet, cetak dimana? Krimer, siapa tukang impot? Tape untuk lekatkan kopi dan tali rafia gantung pun, pembekalnya non Muslim.

Mesin adun kopi, siapa pasang dan selenggara? Alat ganti mesin, siapa bekal? Penyelenggaraan kilang, siapa buat?

Banyak lagilah kalau nak tulis. Selepas jadi kopi pracampuran, tertulislah, produk Muslim.

Jom takbir…! Jom boikot produk non Muslim…! Yahoo…yahoo… Hurraaayyy…! Kita boikot … boikot… boikot… Koh koh koh… terbatuk batuk…!

Bab boikot produk non Muslim ni, nak buat sembang bagi terpacak ekor serban bolehlah.

Tapi nak aplikasi, tak boleh. Tak payah dok gebang akulah, sebab aku tahu. Ada Lebai Un jual kopi, semuanya syarikat non Muslim buat.

Itu baru industri kopi pracampuran yang kecik. Industri besar?

Macam mana dengan industri yang memerlukan kepakaran khusus? Kita dah ada pakar? Kita dah ada pembekal? Kita dah ada juru operasinya?

Lebai Un nak sembang bolehlah, nak bagi laku t-shirt yang cetak di kedai non Muslim.

Tapi Harakah juga khabarnya cetak di kilang non Muslim selepas terhutang dengan kilang Muslim tapi tak bayar.

Sembang dengan Lebai Un, boya pun teghebang…! Tak gitu?

Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi