Ini punca Gunung Fuji tiba-tiba tidak bersalji selepas 130 tahun

Oleh ISMAIL YAHYA

Gunung Fuji kekal tanpa salji sejak rekod mula dicatatkan 130 tahun lalu, menurut agensi cuaca negara.

Memetik laman Buletin TV3, salji biasanya mula terbentuk di gunung berapi tersebut

pada purata 2 Oktober, dan tahun lalu, salji pertama dikesan pada 5 Oktober.

Namun, kali ini sedikit berbeza disebabkan cuaca panas, di mana tiada salji dilihat di gunung tertinggi di Jepun tahun ini,

kata Yutaka Katsuta, seorang peramal dari Pejabat Meteorologi Tempatan Kofu.

Ini punca Gunung Fuji tiba-tiba tidak bersalji selepas 130 tahun

Menurut Katsuta, ini adalah tarikh paling lewat sejak data perbandingan tersedia pada tahun 1894, mengatasi rekod sebelumnya pada 26 Oktober yang dicatatkan dua kali, iaitu pada 1955 dan 2016.

“Suhu sangat tinggi pada musim panas ini, dan suhu tinggi yang sama akan berterusan hingga September, menghalang angin sejuk yang membawa salji,” kata Katsuta kepada agensi berita AFP.

Beliau juga menambah bahawa perubahan iklim mungkin mempunyai sedikit kesan terhadap kelewatan pembentukan salji di puncak gunung.

BACA: “Dulu dia tinggalkan kami dengan hutang piutang, tiba-tiba ada satu pagi tu ayah tiba-tiba call rupanya minta duit!”