Mahkamah Narathiwat telah menolak permohonan ikat jamin terhadap enam warga Malaysia
Termasuk seorang penyanyi dikir barat dari Kelantan, yang ditahan reman semalam atas dakwaan memiliki dadah.
Ketua Polis Bahagian Siasatan Balai Polis Sungai Golok, Mej. Pol. Hafit Mad-asin, mengesahkan perkara itu kepada wartawan pada hari Selasa.
“Bagi kes melibatkan warga asing dengan jumlah dadah yang besar,
Mahkamah tidak akan membenarkan ikat jamin kerana bimbang mereka akan melarikan diri,” katanya.
Semua dadah yang ditemukan di bilik hotel telah dihantar ke makmal Pusat Forensik di Yala untuk ujian DNA bagi mengenal pasti jenis dadah dan pemiliknya.
Selepas itu, kes tersebut akan diserahkan kepada pendakwa raya untuk menetapkan tarikh pendakwaan di mahkamah.
Menurut Hafit, semua suspek akan ditahan di Penjara Narathiwat selama 84 hari, atau kira-kira tiga bulan, sementara menunggu tarikh pendakwaan.
Pada Jumaat lepas, enam suspek warga Malaysia berusia antara 25 hingga 34 tahun telah ditahan dalam satu serbuan oleh Bahagian Narkotik Balai Polis Sungai Golok di sebuah hotel berhampiran Sungai Golok sekitar jam 5 pagi, atas kesalahan memiliki dadah.
Hasil siasatan polis mendapati suspek-suspek tersebut disyaki memiliki 6,000 biji pil “pil kuda” dan turut melakukan kesalahan memasuki Thailand tanpa dokumen sah.
BACA: Calon pemilik baharu KDA FC dedah jumlah hutang yang ditanggung