Bayangkan kentang lenyek panas disalut dengan sos keju, mayonis, dan ayam goreng rangup.
Wah, sekali cuba pasti nak lagi! Lebih seronok, resipi ini boleh dibuat sendiri di rumah,
jadi bolehlah makan sepuas hati. Tapi kalau tengah diet, baca dengan hati-hati ya!
Jika anda peminat Loaded Potato Bowl ala KFC, jom cuba resipi mudah yang dikongsikan oleh Tyra Manan ini.
Bahan-Bahan Kentang Putar:
– Kentang – 1kg
– Mentega (butter) – 100g (potong dadu)
– Whipping cream – 100ml
– Air – 50ml (bukan untuk rebus kentang)
– Lada hitam
– Garam – secukup rasa
Cara Membuat Kentang Putar:
1. Rebus kentang sehingga lembut.
2. Campurkan semua bahan di atas dan lenyek sehingga sebati. Pastikan mentega cair sepenuhnya untuk rasa yang lebih sedap.
Nota: Jangan risau, rasa kentang putar ini memang sedap!
Bahan-Bahan Ayam:
– Isi ayam bahagian dada – potong dadu
– Tepung Bestari
Cara Membuat Ayam Goreng:
1. Bancuh tepung Bestari dengan air sehingga menjadi adunan sederhana pekat.
2.
2. Salutkan ayam dengan adunan tepung dan goreng dalam minyak panas sehingga garing.
Bahan-Bahan Topping:
– Jagung rebus
– Serbuk keju (bancuh dengan air panas)
– Mayonis
Nota: Rebus jagung sekejap sahaja supaya tidak terlalu lembik. Gaul jagung dengan sedikit gula dan garam untuk menambah rasa.
Cara Menyediakan Loaded Potato Bowl:
1. Letakkan kentang putar di dasar mangkuk.
2.
2. Siramkan sos keju dan mayonis di atasnya.
3.
3. Ulang langkah dengan lapisan kentang putar lagi.
4.
4. Akhir sekali, taburkan jagung rebus, ayam goreng, dan curahkan lagi sos keju serta mayonis.
Siap! Loaded Potato Bowl ala KFC ini memang marvelous! Selamat mencuba!