Ini resipi nasi tomato, boleh kongsi dengan 12 orang

Oleh ISMAIL YAHYA

Kadang-kadang mesti ada hari yang terasa nak makan nasi tomato tapi susah pula nak cari, rupanya senang sahaja buat dekat rumah.

Bila dah masak sendiri maka jimatlah sedikit kos minyak kereta dan makanan pun dapat dalam kuantiti lebih banyak.

Bagi peminat tegar nasi tomato, boleh cuba resipi yang dikongsikan di Facebook oleh Maimunah Zulkifli.

Ini resipi nasi tomato, boleh kongsi dengan 12 orang

Resipi Nasi Tomato

6 pot (boleh mkn 12 ke 15 orang) air sukatan ikut pot yang sukat beras tadi tu.

Bahan-bahan:

Susu cair 1 atau 2 pot beras tadi.

tomato pure ( ½ tin, wajib kena ada.)

Rempah 3/4 sekawan

Bawang putih dan bawang merah (blend)

Daun pandan

Minyak sapi / minyak masak / butter

Garam

Gula

Cara-cara:

Panaskan minyak, tumis rempah 3/4 sekawan, daun pandan dan bawangg blend..

Dah wangi, masukkn ½tin tomato pure, tumis lagi..

Masuk gula garam.. Tumis, dan masukkan air yang disukat tadi.

Kalau guna periuk nasi biasa, biar sampai mendidih, Kalau guna periuk tekanan lebur je dengan beras dan susu cair,

Tutup periuk tekan masak

Resipi Ayam Masak Merah

Bahan-bahan:

Ayam goreng separuh masak

  • Rempah 3/4 sekawan
  • Tomato pure ( ½tin)
  • Cili tomato, cili sos
  • Cili kering
  • Serai, daun pandan (wajib kalau nak bau ala kenduri gitu)
  • Gula kerek / gula biasa / garam / santan (sikit je dlm 3/4 sudu mkn)

Cara-cara:

Panaskan minyak, tumis rempah, daun pandan, serai dan bawang beland..

Masukkan cili kering, tumis sampai pecah minyak

Masukkan gula kerek, tomato pure dan sos tomato dan sos cili.

Masak sampai pecah minyak lagi, rasa gula garam..

Masukkan sikit air kalau nampak pekat.. Masak sampai elok.

Masukkan ayam dan sedikit santan.

Guna api perlahan je smpai masak elok.. Siap!

Selamat mencuba!

Baca juga:“Setiap hari aku manis muka depan suami tapi sebenarnya aku dah suruh ibu dan adik plan senyap-senyap nak lari rumah dari suami”