Ini resipi rempeyek ranggup, boleh letak banyak ikan bilis, kacang

Oleh NADIA HARON

Kalau beli di pasar raya, ada yang nipis dan tebal, kadang isi terlalu sikit tapi kalau buat sendiri dekat rumah boleh campak banyak mana sekalipun.

Tambahan pula ia tidaklah sukar untuk dibuat cuma perlukan kerajinan, kalau nak jimat duit boleh cuba resipi ini.

Resipi ini dikongsikan Ct Suryati dan dimuat naik di Facebook Auni Page.

Ini resipi rempeyek ranggup, boleh letak banyak ikan bilis, kacang

Resipi rempeyek ranggup

Bahan-bahan:

1 kg tepung beras
5 cawan air
2 cawan santan pekat
1/2 sudu kecil kapur makan (supaya rangup crunchy)
1 biji telur
8 ulas bawang putih (naikkan rasa lemak)
Garam secukup rasa
3 sudu besar jintan manis**
3 sudu besar jintan kasar**
3 sudu besar ketumbar biji**
Cara-cara:

Kisar kering bahan bertanda **. Nak guna lebih pun boleh.

Bancuh semua bahan diatas bersama bahan kisar.

Air kena pandai agak, buat sukatan 5 cawan dulu, tengok macam pekat baru tambah sikit-sikit, jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat.

Goreng seketul dua dulu selepas bancuh untuk tengok struktur kuih. Kalau tebal, boleh tambah sikit air.

Kalau terlalu nipis, boleh tambah sikit tepung. Kalau nipis sangat, kacang dan bilis tu susah nak lekat. Kena rajin eksperimen sikit sampai dapat adunan yang terbaik.

Selepas dapat struktur yang sempurna, boleh goreng macam biasa. Guna acuan yang direndam dalam kuali bersama minyak yang betul-betul panas.

Rempeyek yang okey, masa goreng tu ia akan tertanggal dengan sendirinya serta strukturnya tak tebal dan tak nipis sangat.

Sebelum goreng jangan lupa tabur kacang dan ikan bilis banyak-banyak. Bilis dan kacang kena jemur dulu supaya kekal rangup bila dah digoreng.

Nota: Untuk mendapatkan rempeyek yang rangup, kena masukkan sedikit kapur makan. Dan sentiasa kacau adunan sebelum menggoreng. Insyaallah sedap.

Selamat mencuba!

Baca juga: