Ini respon GISB selepas terpalit dengan dakwaan amang seksual dan cabul kanak-kanak

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Syarikat yang dikaitkan dengan bekas anggota kumpulan haram Al-Arqam itu menyatakan

Bahawa rumah amal yang terlibat dengan dakwaan tersebut bukan di bawah kendalian mereka.

“Juga, bukan menjadi dasar kami untuk merancang dan melaksanakan perkara-perkara yang bertentangan dengan syariat Islam dan undang-undang negara.

“Sebaliknya, GISBH sentiasa berusaha memastikan Islam sebagai cara hidup diamalkan dalam seluruh aspek kehidupan,” menurut kenyataan syarikat itu.

Ketua Polis Negara, Razarudin Husain, semalam mengesahkan bahawa polis telah serbu 18 premis terhadap kumpulan perniagaan GISBH

Ini respon GISB selepas terpalit dengan dakwaan amang seksual dan cabul kanak-kanak

sekitar Selangor dan Negeri Sembilan selepas terima laporan berhubung dakwaan pengabaian kanak-kanak, amang seksual, dan cabul.

Beliau juga menyatakan bahawa hasil risikan dan keterangan yang diperoleh menunjukkan mangsa diajar untuk meliwat, kemudian diliwat oleh penjaga, serta dipaksa meliwat penghuni kanak-kanak lain.

GISBH kini disiasat di bawah Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611), Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017, dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670).

GISBH menyifatkan tuduhan terhadap mereka sebagai dakwaan berat yang bertujuan “menimbulkan prasangka, fitnah, dan berniat jahat”.

“Kami yakin bahawa terdapat pihak-pihak tertentu yang mempunyai agenda tersembunyi dan terancang untuk menjatuhkan imej serta perniagaan syarikat kami,” tambah kenyataan itu.

BACA: Pemilik Tesla utara tarik nafas lega, Tesla umum buka pusat servis kedua di Pulau Pinang