Ini respon Menteri Agama bila Mufti Perlis pelawa untuk berdialog

Oleh ISMAIL YAHYA

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Nai’m Mokhtar berkata menghormati pandangan semua pihak mengenai RUU tersebut,

Tetapi menegaskan bahawa perbezaan pendapat yang tidak diurus dengan baik boleh memecahbelahkan umat Islam.

“Saya menghormati pandangan semua orang; masing-masing ada pandangan yang ingin disuarakan,

Dan saya hormati itu. Jadi, saya tiada komen mengenai kritikan terhadapnya dan ajakan untuk berdialog.

“Apa pun, banyak perpecahan yang berlaku dalam kalangan umat Islam

Ini respon Menteri Agama bila Mufti Perlis pelawa untuk berdialog

bermula daripada perbezaan pendapat yang tidak diuruskan dengan baik,” katanya seperti dipetik oleh Berita Harian.

Mohd Na’im berkata demikian selepas menyempurnakan program Seminar Adabul Ikhtilaf Peringkat Negeri Perak 2024: Adab Perbezaan Pendapat dalam Islam di Dewan Jubli Perak, Politeknik Ungku Omar, di Ipoh hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Mohd Asri sebelum ini yang mengajak untuk berdialog mengenai RUU berkenaan.

BACA: ‘Tiada common sense’ Kesedaran larangan merokok di Kelantan menyedihkan