Pelakon dan pengarah terkenal, Erma Fatima, memberikan respons terhadap kenyataan Datuk Rosyam Nor yang mencadangkan agar dia berkahwin dengan Fattah Amin.
Menerusi video yang dimuat naik oleh adiknya, Datin Paduka Umie Aida, di Instagram,
Erma menjelaskan bahawa dia sudah tidak berminat untuk berkahwin dengan mana-mana lelaki.
“Nafsu saya sudah tertutup untuk berkahwin dengan mana-mana lelaki di dunia ini.
Tak kisahlah lelaki itu ‘hot’ atau tidak. Maaf ya. Simpan saja niat baik awak, Rosyam,” ujar Erma.
Sebelum ini, tular satu video menunjukkan Rosyam mencadangkan agar Fattah, yang kini bergelar duda selepas bercerai dengan Nur Fazura pada 7 Oktober lalu, mempertimbangkan untuk berkahwin dengan Erma, yang juga seorang janda.
“Aku rasalah, Fattah, orang yang paling sesuai dengan kau ialah Erma Fatima. Kau tak payah pening kepala sebab dia pun tak boleh beranak. Jadi kau tak perlu risau nak hantar anak ke sekolah atau apa-apa.
Tambah pula, Umie Aida akan jadi adik ipar kau,” seloroh Rosyam dalam video tersebut yang menjadi perhatian ramai di media sosial.
Ketika ini, Rosyam, Umie, dan Fattah sedang menjalani penggambaran sebuah drama yang dijadualkan untuk tayangan pada bulan Ramadan nanti.
BACA:Rosyam Nor cadang Fattah Amin tamatkan zaman duda, halalkan Erma Fatima