Ini rupanya kisah Tarrare, lelaki yang tak pernah rasa kenyang

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Tarrare dipercayai menghidap satu penyakit yang sangat jarang berlaku dikenali sebagai Polifagia ekstrem.

Polifagia menyebabkan pesakit menderita kerana tidak dapat mengawal selera makan dan terdapat beberapa kes dimana pesakit akan memakan apa sahaja.

Lahir pada tahun 1772, Tarrare telah dihalau keluar dari rumah kerana ibu bapanya tidak mampu menanggung kos makanannya yang melampau.

Dia kemudian bekerja sebagai penghibur jalanan yang terkenal dengan memakan batu, gabus dan haiwan hidup dalam kuantiti yang banyak.

Apabila menjejak umur 16 tahun, dia telah berpindah dari Rom ke Paris untuk menjadi penghibur jalanan di sana.

Ini rupanya kisah Tarrare, lelaki yang tak pernah rasa kenyang

Kemudian, sebaik sahaja dia menyertai Tentera Revolusi Perancis semasa Perang Revolusi tercetus, Tarrare telah dikejarkan ke hospital.

Sejurus itu, dia telah menjadi bahan eksperimen oleh Dr. Courville dan ketua pembedahan, Baron Percy.

Mereka telah memberinya makan seperti haiwan hidup dan makanan yang sangat banyak untuk membuat pemerhatian terhadap proses pencernaannya.

Selain itu, mereka turut mengkaji bagaimana dia memberi tindak balas terhadap pelbagai jenis makanan seperti kucing hidup, anjing, ular, belut dan lain-lain lagi.

Lelaki itu telah memakan segala makanan yang ditawarkan oleh para doktor namun masih tidak dapat memuaskan kelaparannya.

Pada umur 17 tahun, dia hanya seberat 100 paun (45.6 kg). Dia telah makan seperempat daging lembu dalam masa 24 jam.

Dia gemar memakan sesuatu yang menjijikkan. Makanan kegemarannya adalah ular dan dia akan selalu makan yang paling besar dengan cepat.

Dia pernah merampas seekor kucing dan membaham haiwan itu sehingga tinggal tulang. 30 minit kemudian, dia telah memuntahkan semula bulu kucing tersebut.

Tarrare juga memakan makanan malam yang disediakan untuk 15 orang pekerja dengan sekaligus berserta dengan air. Selepas itu, perutnya dilihat membengkak serupa belon.

Ketua general pernah melihatnya melahap 30 paun (13 kg) hati dan jantung mentah namun kelaparannya tidak berkurangan.

Lelaki ini menunggu di kedai penyembelihan untuk makan apa-apa yang dibuang sebagai makanan untuk anjing.

Dia juga minum darah yang diperolehi di hospital dan memakan daging si mati dari rumah mayat.

Bukan itu saja, dia juga disyaki memakan bayi berusia 14 bulan tetapi tiada bukti bagi pertuduhan ini.

Berketinggian sederhana dan badannya selalu mengeluarkan haba sehingga wapnya boleh dilihat.

Dia meninggal akibat diarrhea teruk dan penuh nanah. Kesemua usus dan peritoneumnya diliputi dengan nanah.

Dalam beberapa bulan terakhir sepanjang hidupnya selama 26 tahun, dia telah mengidap penyakit tuberkulosis.

Apabila doktor membedahnya setelah dia meninggal dunia, mereka mendapati keseluruhan organnya diselaputi dengan nanah dan ulser.

Tarrare dinamakan sebagai salah satu kes mengerikan bagi penyakit polifagia dalam sejarah.

Baca jugaWanita kesal tetamu buang pampers yang berbau terus ke dalam tong sampah tanpa lapik