Ini satu-satunya restoran paling pelik dalam dunia, makan dulu bayar lepas meninggal

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Ini satu-satunya restoran paling pelik dalam dunia, makan dulu bayar lepas meninggal

Sebuah syarikat piza di New Zealand telah memperkenalkan satu skim pembayaran unik

Yang dinamakan sebagai ‘AfterLife Pay’ yang memerlukan pelanggan makan dulu bayar selepas meninggal dunia.

Ini satu-satunya restoran paling pelik dalam dunia, makan dulu bayar lepas meninggal

Memetik Newshub, kempen ‘AfterLife Pay’ terbaru itu telah diperkenalkan oleh Ketua Eksekutif francais Hell Pizza.

Menurutnya, kempen itu adalah bertujuan untuk mempromosikan tanggungjawab kewangan bagi menentang skim beli sekarang, bayar kemudian.

Kempen yang diumumkan oleh Hell Pizza pada Khamis lalu telah menjemput pelanggan terpilih untuk menandatangani pindaan harta dalam wasiat mereka.

Ia bagi membolehkan bayaran piza mereka dikutip selepas pelanggan tersebut meninggal dunia.

Kempen itu juga tiada faedah atau yuran yang dikenakan, malah perjanjian itu sah disisi undang-undang.

Ketua Eksekutif Hell Pizza, Ben Cumming memberitahu Newshub bahawa kempen itu menunjukkan ‘bagaimana perasaan kami tentang skim beli sekarang, bayar kemudian”.

Cumming berkata, Hell Pizza telah didekati oleh beberapa syarikat berbeza yang menawarkan skim itu, tetapi beliau menolak tawaran tersebut dan berkata bahawa ia tidak sesuai dengan perniagaannya.

“Ia seperti meminta orang ramai untuk membayar apa yang dipanggil sebagai jamuan dengan pembelian secara impulsif kerana pelanggan tidak semestinya mampu,” kata Cumming.

Tambahnya, berhutang dalam cara yang betul adalah sesuatu perkara yang normal dalam menjalani kehidupan.

Ia sebahagian daripada proses pembelajaran dalam memahami cara pengurusan kewangan. Namun skim beli sekarang, bayar kemudian adalah tidak.

“Industri ini tidak dikawal pada masa ini, jadi tidak ada penilaian kemampuan yang dijalankan dan mendapat kelulusan untuk salah satu daripada skim tersebut. Skim itu sepatutnya menjadi lebih mudah berbanding dengan kad kredit.

“Ia boleh membawa kepada bayaran lewat dan dikenakan penalti. Seterusnya akan meletakkan orang ramai ke dalam lingkaran hutang selepas mereka tidak dapat membayar balik tepat pada masanya,” tambah Cumming.

BACA: Datuk Zainal Abidin keluar kantoi ‘dating’ dengan Fyna Jebat walaupun dah bercerai? Sekali ini respon tuan badan