Ini sebab Stadium Piala Dunia Qatar akan dimusnahkan

Oleh GEMILANGDAILY

Ini sebab Stadium Piala Dunia Qatar akan dimusnahkan. Salah sebuah stadium yang menjadi venue bagi aksi Piala Dunia Qatar 2022 secara rasminya telah berkubur.

Stadium yang dikenali dengan nama 974 itu telah pun dimaklumkan oleh pihak penganjur tidak akan lagi digunakan selepas tamat pertemuan antara Brazil dan Korea tempoh hari.

Binaannya yang terdiri daripada ruangan besi terpakai itu difahamkan akan dihantar ke negara yang memerlukan infrastruktur. Malah, rekaan stadium tersebut turut meraih pujian daripada beberapa orang pakar.

“Reka bentuk untuk pembongkaran adalah salah satu prinsip utama bangunan yang berkekalan,” kata Karim Elgendy, rakan bersekutu yang sebelum ini bekerja sebagai perunding iklim untuk Piala Dunia.

“Ia membolehkan pemulihan semula jadi tapak bangunan atau penggunaan semulanya untuk fungsi lain,” jelasnya.

Ini sebab Stadium Piala Dunia Qatar akan dimusnahkan

Stadium 974 ini dinamakan sempena kod dail antarabangsa Qatar dan bilangan bekas yang digunakan untuk membina stadium.

Ia juga adalah satu-satunya tempat yang dibina Qatar untuk Piala Dunia yang tidak memiliki berhawa dingin.

Hal ini dikesan apabila perlawanan Jumaat di mana Switzerland mengalahkan Serbia, udara nyata lebih lembap dan panas berbanding di tempat lain.

Menerusi satu kenyataan oleh pereka bentuk stadium, Fenwick Iribarren Architect menjelaskan, ideanya adalah untuk mengelak daripada membina “gajah putih”, sebuah stadium yang tidak digunakan atau kurang digunakan selepas kejohanan berakhir.

Hal ini bagi mengelakkan kejadian seperti yang berlaku selepas Piala Dunia di Afrika Selatan, Brazil dan Rusia sebelum ini.

Qatar juga memaklumkan bahawa mereka telah memikirkan rancangan untuk membina enam stadium lain selepas perlawanan berakhir.

BACA:

Pemimpin tarekat Tarekat al-Naqsyabandiah ditangkap bersembunyi di Gombak

Sekat Ridhuan Tee masuk RTM, Fahmi dedah cerita sebenar

Terkejut Aliff Satar tengok Mufti Menk solat disebelahnya